suria

Sabun oh sabun! Kaum lelaki kena hati-hati cuci kemaluan, cegah keradangan zakar

Kulup merupakan kulit yang menutup hujung kepala zakar. Foto: 123rf.com.

TOPIK mengenai kulup zakar jarang dibincangkan, namun setiap lelaki harus mengambil tahu mengenai alat sulit mereka.

Bagi yang tertanya-tanya, kulup merupakan kulit yang menutup hujung kepala zakar. Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar.

Tetapi dalam tempoh dua tahun berikut, kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.

Bagaimanakah seseorang remaja perlu menjaga kulup zakar? Menurut portal MyHealth, remaja perlu memastikan bahawa kulup sentiasa dijaga.

Many people are facing big stresses in their lives right now. Facing it in manageable steps is the key. (Dreamstime/TNS)

Smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar jika ia tidak dibersihkan. Foto: TNS.

Apabila anda mandi, tarik kulup secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke belakang dan bersihkan kepala zakar dengan sabun dan air supaya ianya sentiasa bersih.

Selepas dibersihkan, tarik kulup kembali ke posisi asal di atas kepala zakar. Jangan terlalu kasar supaya tidak menyebabkan kecederaan pada kulup mahupun zakar.

Jika bahagian itu tidak dibersihkan dan dijaga sebaiknya, ia mungkin akan membawa pelbagai masalah seperti berikut:

1. Keradangan kulup

Kulup boleh menjadi merah serta kesakitan. Keadaan ini mungkin terjadi jika anda menarik kulup secara kasar ke belakang. Penggunaan sabun yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan keradangan kulup.

Cara mengelakkannya? Elakkan penggunaan sabun yang terlalu kuat untuk mencuci kulup dan jangan terlalu berkasar apabila menarik kulup.

2. Jangkitan kulup

Apabila bahagian kulup dijangkiti kuman, ianya akan menjadi kemerahan, bengkak atau sakit. Ini boleh menyukarkan kulup ditarik ke belakang. Kadangkala mungkin ada cecair discaj yang keluar daripada kulup.

1375948

Penggunaan sabun yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan keradangan kulup.

Jika berlaku, sila berjumpa dengan doktor. Doktor anda mungkin memberi ubat pencuci serta antibiotik.

3. Trauma kulup zakar

Kadang-kala kulup boleh tercedera. Kecederaan yang kerap berlaku adalah apabila zip seluar tersangkut pada kulup.

Untuk mengelakkannya, anda perlu sentiasa memakai seluar dalam.

4. Paraphimosis

Keadaan ini berlaku apabila kulup yang ke belakang tetap pada keadaan tersebut dan tidak dapat kembali ke posisi asal. Ini akan menyebabkan keadaan seumpama gelang getah di penghujung kepala zakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar gagal ereksi, kepala jadi botak mungkin tanda hormon testosteron anda rendah... ini 7 petandanya!

Ini akan mengganggu aliran darah dan seterusnya menyebabkan bengkak dan kesakitan pada kulup.

5. Phimosis

Phimosis ialah keadaan yang mana kulup terlalu sempit (lubang pembukaan terlalu kecil) menyebabkan kulup sukar atau tidak dapat ditarik ke belakang.

Apabila zakar menjadi tegang, kulup tidak akan bergerak ke belakang dan menyebabkan kesakitan. Untuk mengatasinya, anda boleh berjumpa dengan doktor.

Frustrated handsome young man touching his head and keeping eyes closed while sitting on the couch at home

Kecederaan yang kerap berlaku adalah apabila zip seluar tersangkut pada kulup. Foto: AFP.

Doktor mungkin menasihatkan anda untuk meregangkan kulup setiap hari secara perlahan-lahan dengan harapan ianya menjadi lebih longgar.

Kadangkala doktor anda akan memberi krim steroid untuk disapu. Jika semua langkah ini gagal, doktor anda akan mencadangkan supaya anda menjalani prosedur bersunat.

6. Smegma berlebihan

Jika anda tidak membersihkan kulup secara rutin, sejenis bahan putih yang dikenali sebagai smegma akan terkumpul dibawah kulup di bahagian kepala zakar.

Smegma adalah sel-sel lama yang sentiasa terbentuk dibawah kulup apabila sel baru terbentuk.

Smegma boleh dibersihkan dengan senang saja, jika tidak ia boleh terkumpul dengan banyak dan menyebabkan rasa gatal dan kurang keselesaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain