suria

Penderita PCOS juga ada peluang hamil, tapi kena dapatkan rawatan... Bertindak segera cegah komplikasi!

Pasangan suami isteri pastinya menantikan kehadiran zuriat.

KEBANYAKAN 'pejuang dua garis' atau mereka yang menantikan zuriat selama bertahun-tahun sering dikaitkan dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS).

Malah ada yang menyatakan mereka disarankan untuk berdiet bagi menurunkan berat badan berikutan antara simptom gejala tersebut adalah obesiti.

Meskipun sukar, namun sudah ramai yang berjaya melepasi episod ini menerusi diet yang seimbang dan aktiviti kecergasan sekali gus berjaya mendapatkan cahaya mata.

Ini kerana, PCOS adalah masalah perubatan di mana ovari anda bertindak secara tidak normal yang menyebabkan terjadinya masalah haid tidak teratur, tiada haid termasuk masalah infertiliti.

Ia adalah antara penyebab utama ketidaksuburan dan terjadi pada sekitar lima hingga 10 peratus wanita pada usia reproduksi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Haid tak teratur, sakit mungkin ada kaitan dengan Endometriosis dan PCOS... ketahui gejala dan kesannya

ARTIKEL BERKAITAN: Anda pernah bertemu wanita bermisai atau berbulu tebal? Ketahui punca gejala iniAnda pernah bertemu wanita bermisai atau berbulu tebal? Ketahui punca gejala ini

Menurut @MedTweetMYHQ, gejala yang berlaku itu juga disebabkan peningkatan hormon testosterone yang lebih tinggi daripada tahap wanita biasa.

"Keadaan ini menyebabkan kecelaruan hormon ovari yang mengakibatkan kitaran haid terganggu dan tiada penghasilan telur.

"Simptom lain yang akan terjadi kepada penghidapnya adalah rambut gugur, letih, berat badan meningkat, penumbuhan misai dan jerawat," katanya.

Perbezaan ovari yang normal dan PCOS.

Perbezaan ovari yang normal dan PCOS.

Difahamkan, satu daripada 10 wanita akan menghadapi gejala PCOS.

Namun malangnya, lebih 70 peratus tidak dirawat kerana merasakan ia adalah masalah 'biasa' terutama mereka yang mengalami obesiti.

Pun begitu, tidak semua gejala PCOS sama!

Anda sepatutnya mengetahui jenis PCOS yang dihidapi bagi menentukan jenis rawatan yang sepatutnya.

"Jenis yang biasa adalah 'full blown'... ia merangkumi 60 peratus dan lain-lain adalah 10 hingga 15 peratus sahaja.

"Keadaan ini penting untuk menentukan jenis rawatan dan komplikasi yang boleh dihidapi sekiranya ia tidak dirawat," jelas @MedTweetMYHQ.

Justeru, sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid, berat badan berlebihan, penumbuhan misai atau jerawat serta masalah kesuburan, dapatkan nasihat serta rawatan dari pakar berkaitan dengan segera.

Diagnosis dan rawatan awal dapat mencegah komplikasi!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

PCOS, kesihatan, sukar hamil, infertiliti,

Artikel Lain