suria

Profesor Harvard yakin tua bukan satu proses, tapi penyakit yang boleh sembuh dengan ubat ubatan

Chiyo Miyako dari Tokyo, Jepun memegang Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua yang meninggal dunia pada usia 117 tahun.

BENARKAH kita boleh menangguhkan proses penuaan?

Jika ya, pastinya anda semua tidak sabar untuk mendapatkan solusinya.

Berdasarkan kajian pakar genetik, Dr David Sinclair, tempoh penuaan seseorang individu boleh ditunda menerusi beberapa amalan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalkan cara ini, anda mampu atasi penuaan... kata kuncinya jaga makan!

Ia termasuk pengambilan ubat ubatan khusus yang masih dalam peringkat ujian.

Merupakan lulusan Universiti New South Wales di Australia dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institut Teknologi Massachusetts Amerika Syarikat, dia adalah individu yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan tentang proses penuaan serta profesor di Universiti Harvard.

Dr David Sinclair memiliki 35 paten.

Dr David Sinclair memiliki 35 paten.

Hasil kajian yang dilakukannya itu turut mendapat penghargaan selain terpilih sebagai antara 100 individu berpengaruh di dunia dalam majalah Time.

Dia juga memiliki 35 paten dan telah melakukan beberapa perniagaan berasaskan bioteknologi termasuk melambatkan proses penuaan.

Malah pada 2019, Bank Merrill Lynch telah mendedahkan bahawa industri tersebut memiliki aset berjumlah AS$110juta (RM519.97 juta) dan dijangkakan pada 2025, nilainya melonjak lima kali ganda.

Dr David juga adalah penulis buku Lifespan (Why we age - and why we don't have to) yang menjelaskan mengapa seseorang itu melalui proses penuaan dan bagaimana untuk menghindarinya.

Menerusi buku tersebut, dia meyakini bahawa manusia harus mengubah secara radikal pola berfikir tentang penuaan daripada menganggapnya sebagai proses alami kepada penyakit dan sesuatu yang dapat disembuhkan. - Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain