suria

Asyik-asyik bagi mainan! Kajian dapati si comel juga mahu belaian, masa bersama ibu bapa

Kajian mendapati sebanyak 86 peratus kanak-kanak ingin masa bersama keluarga.

IBU bapa sering merasakan bahawa anak-anak hanya mahukan permainan dan gajet sehingga ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit sebulan bagi menyediakan apa yang mereka mahukan.

Namun tahukah anda, hakikatnya majoriti kanak-kanak menyuarakan isi hati dengan menyatakan mereka ingin masa berkualiti bersama keluarga.

Kenyataan tersebut pasti mengejutkan bukan?

Namun ia adalah realiti berdasarkan kajian yang dilakukan Jordan Asia Pacific Sdn Bhd iaitu jenama terkemuka rangkaian Jordan Kids Universe.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga gigi palsu, ia bukan hanya pelengkap senyuman si pemakai

Menerusi data yang diperoleh, sebanyak 86 peratus peserta terdiri daripada kanak-kanak memaklumkan masa berkualiti bersama keluarga adalah perkara pertama yang membuatkan mereka tersenyum.

Pengurus cawangan bagi Malaysia, Thailand dan Filipina di Jordan Asia Pacific Sdn Bhd, Jerry Ng berkata, kebanyakan ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga terlepas momen istimewa, terutama ketika anak-anak sedang membesar.

Jelasnya, menerusi kempen Jordan Can't Smile Without You juga, didapati kanak-kanak tidak meminta permainan seperti yang difikirkan sebaliknya hanya mengimpikan masa bersama.

Penjagaan gigi perlu bermula dari awal usia.

Penjagaan gigi perlu bermula dari awal usia.

"Disebabkan itu kami mahu menjadikan kempen Jordan Can't Smile Without You sebagai misi peribadi dan penting untuk kami sejajar dapatan kajian yang dilakukan.

"Ibu bapa sanggup melakukan apa saja untuk melindungi senyuman anak-anak mereka.

"Rutin penjagaan gigi yang konsisten adalah penting untuk memelihara senyuman berharga setiap kanak-kanak dan Jordan menjadikan proses penjagaan gigi mudah, menyeronokkan serta mampu untuk dilakukan," ujarnya.

Mengulas tentang penjagaan gigi dalam kalangan kanak-kanak pula, ujarnya, pihak Jordan sentiasa menitikberatkan kepentingan dan pendidikan untuk mula menjaga kebersihan gigi dari awal usia yang mana amalan ini akan menjadikan gigi lebih sihat dan kuat.

Bagi Pensyarah Pergigian Jabatan Pediatrik, Pergigian dan Ortodontik di Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Noorhidayah Zainal Aalam, amalan penjagaan gigi yang baik amat penting untuk mengelakkan kanak-kanak daripada masalah gigi reput (karies).

"Karies disebabkan oleh plak gigi yang tumbuh di sekitar mulut. Ia mengandungi sejenis bakteria yang membiak apabila terdapat gula dan unsur karbohidrat seterusnya mengakibatkan terhasilnya kaviti jika ia berada di permukaan gigi untuk beberapa ketika.

"Oleh kerana ini adalah masalah penyakit yang biasa berlaku di seluruh dunia, pendidikan awal tentang kepentingan penjagaan gigi dan memberus dengan konsisten boleh membantu mengelakkan masalah karies dan kaviti," ujarnya.

Tambah beliau, senyuman yang sihat sangat mempengaruhi interaksi sosial, di mana ia memberi kesan yang penting tentang bagaimana kanak-kanak itu dilihat, dirasai kehadirannya serta tanggapan orang lain terhadapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain