AWAL tahun lalu, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menerbitkan laporan mengenai masalah kurang tidur dalam kalangan warga Amerika Syarikat (AS). Mendahului senarai kepada masalah ini bukanlah pegawai polis syif malam, pemandu trak komersial atau jururawat, tetapi ibu tunggal! Hampir 45 peratus daripada ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun tidak mendapat tidur minimum yang diperlukan, hari demi hari. Lebih separuh daripada golongan ini juga mendakwa mereka tidak mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Tidak hanya dialami ibu tunggal, malah wanita yang bergelar suri rumah juga menunjukkan statistik mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi. Apa itu kurang tidur? Kekurangan tidur juga dipanggil tidur tidak mencukupi, tidur yang pendek, atau kehilangan tidur yang kronik. Ia terhasil apabila anda tidak mendapat jumlah tidur yang berkualiti setiap malam. Hilang nikmat tidur, daripada satu malam ke malam seterusnya mewujudkan kekurangan waktu tidur 'terkumpul' yang dikenali sebagai hutang tidur (sleep debt). Insomnia merupakan salah satu punca kurang tidur. Gambar hiasan Gejala kurang tidur 1) Mengantuk pada waktu siang. 2) Mood tidak stabil. 3) Hilang pertimbangan. 4) Kurang konsentrasi atau hilang tumpuan. 5) Prestasi fizikal dan mental menurun, dan jika dibiarkan, ia memberi kesan kepada kesihatan untuk jangka panjang. Punca kurang tidur 1) Gangguan seperti menguruskan hal keluarga atau tuntutan kerja. 2) Kebimbangan melampau (anxiety) seperti memikirkan hal ehwal rumah, bil, kesihatan anak dan sebagainya. 3) Insomnia. 4) Isu kesihatan seperti hipertensi, penambahan berat badan, masalah penghadaman, gangguan mood ataupun dalam fasa selepas bersalin. 5) Kesan sampingan ubat. Walaupun kebanyakan ubat membuatkan pesakit mengantuk, sesetengah ubat membuatkan seseorang 'segar'. Kurang tidur boleh menyebabkan mood seseorang kurang stabil dan juga kemurungan. Gambar hiasan Kesan kurang tidur 1) Diabetes. 2) Obesiti. 3) Penyakit kardiovaskular. 4) Kemurungan dan lebih bahaya cenderung mahu membunuh diri. 5) Alzheimer, demensia, dan penurunan kognitif. 6) Strok. 7) Kanser. Tip mengatasi masalah kurang tidur 1) Cuba tukar kepada jadual kerja yang lebih fleksibel. 2) Ambil kesempatan untuk tidur apabila bayi atau si kecil anda tidur siang. Jangan risau, kerja rumah boleh ditangguh dahulu. 3) Cuba mengambil pembantu supaya anda boleh mendapatkan tidur yang diperlukan. 4) Elak membelek telefon bimbit sebelum tidur. 5) Curi masa untuk 'me time' buat seketika. 6) Bersenam. 7) Memantau pengambilan makanan. 8) Buang tabiat buruk seperti merokok ataupun gaya hidup yang tidak sihat. - Sleepresolution.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI