SPERMA biasanya mempunyai tekstur yang tebal dan berwarna putih pekat. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan sperma berubah warna dan menjadi terlalu cair. Ramai yang turut tertanya-tanya, betul ke sukar untuk dapat zuriat kalau sperma terlalu cair? Menurut Medical News Today, keadaan sperma yang cair tidak semestinya menjadi punca pasangan sukar mendapat zuriat. Namun, keadaan ini boleh mengurangkan peluang pasangan untuk mendapat anak. Terdapat beberapa punca sperma menjadi cair seperti: 1. Oligospermia atau jumlah sperma yang terlalu sedikit semasa ejakulasi 2. Varikokel yang menyebabkan berlaku bengkak saraf dari testis hingga ke skrotum atau kantung zakar. 3. Terlalu kerap pancut Kekurangan zat besi turut menjadi punca sperma menjadi cair. 4. Ejakulasi retrograde atau ejakulasi ke belakang yang membuatkan sperma kembali ke pundi kencing 5.Kekurangan zat besi Dalam sesetengah kes, sperma cair adalah keadaan yang tidak kekal dan boleh sembuh dengan sendirinya, terutamanya jika punca ejakulasi terlalu kerap atau kekurangan zat besi dan pengambilan nutrien ini telah dipenuhi. Namun, bagi sperma cair yang disebabkan oleh penyakit tertentu seperti varikokel atau ejakulasi retrograde, punca masalah ini perlu ditangani terlebih dahulu. Jadi, sperma yang cair tidak boleh menjadi petunjuk kesuburan seseorang, namun keadaan ini boleh menyukarkan pasangan untuk hamil. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI