suria

Guna mata kasar je, lihat 3 ciri ini untuk tentukan air mani anda sihat atau bermasalah

Ahli perubatan ini memberikan tip untuk mengesan air mani yang kurang sihat.

KEHADIRAN zuriat pastinya ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri sebaik sahaja mendirikan rumah tangga.

Namun, terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penghalang untuk pasangan suami isteri menimang cahaya mata termasuklah masalah tidak subur.

Bagi kaum Adam, pemeriksaan awal sebenarnya boleh dilakukan melalui pemerhatian mata kasar ke atas air mani.

Anak adalah satu anugerah tidak ternilai untuk pasangan suami isteri. (Gambar hiasan, Freepik)

Juruteknologi makmal patologi di Dunia Wellness & Laboratories, Muhammad Noor Zakaria atau lebih senang disapa sebagai Mdno menggariskan beberapa petanda jika air mani itu dapat dikategorikan sebagai 'tidak sihat'.

"Sesiapa di luar sana yang sukar nak dapat zuriat, lelaki terutamanya, jangan hanya menuding jari ke arah isteri. Beranikan diri untuk buat sperm analysis.

"Ini adalah beberapa petanda awal yang kita boleh tengok dulu untuk menentukan tahap kesihatan air mani kita," kata Mdno ketka dihubungi mStar.

Kualiti semen atau air mani memainkan peranan. (Gambar hiasan, Freepik)

1) Isi padu

Isi padu air mani untuk setiap kali ejakulasi haruslah di antara dua hingga tujuh mililiter (ml), kalau terlampau sikit air mani itu maksudnya ada masalah ketidaksuburan dalam sistem reproduksi.

Ini kerana jika semen tidak mencukupi, maka kuantiti sperma juga sedikit dan semakin rendah peluang untuk mendapatkan zuriat.

2) Kepekatan

Seterusnya perhatikan juga keadaan air mani apabila mula dikeluarkan. Ia tidak boleh terlampau likat ataupun cair, harus sedang-sedang sahaja.

Jadi kenapa air mani ini seperti jeli?

Air mani ini mempunyai satu lapisan gel ataupun selaput untuk melindungi sperma apabila memasuki sistem reproduksi wanita yang berasid.

Ketika memasuki sistem reproduksi wanita, gel itu akan larut untuk melepaskan sperma yang akan bergerak ke ovum (sel telur wanita) bagi proses persenyawaan.

Mdno menunjukkan keadaan semen yang terlampau pekat di bawah mikroskop.

Jika air mani tersebut terlampau pekat, gel pelindung itu susah untuk larut ketika memasuki sistem reproduksi wanita dan sperma akan terperangkap lalu mati.

Begitu juga jika air mani itu terlampau cair, ini bermaksud gel pelindung itu nipis sehingga sperma mudah terdedah kepada keasidan dalam sistem reproduksi wanita.

Mdno sempat berkongsikan satu ujian ke atas air mani yang boleh dilakukan di rumah oleh setiap lelaki.

"Tadah air mani yang dikeluarkan dan selepas setengah jam observe keadaannya. Jika masih berjeli, maksudnya ada something wrong (sesuatu yang tak kena), sebab sepatutnya air mani tu dah mencair," ujar Madno.

Rawatan boleh dimulakan segera jika isu dapat dikesan dengan cepat. (Gambar hiasan, Freepik)

3) Warna air mani

Air mani yang sihat haruslah mempunyai warna keruh seperti putih kekelabuan. Boleh diibaratkan seperti warna putih susu.

Jika ada campuran warna cokat dalam air mani, itu bermaksud mungkin ada pendarahan dalaman di dalam sistem reproduksi lelaki tersebut.

Manakala campuran warna hijau dalam air mani pula bermaksud ada jangkitan kuman kerana ia merupakan tindak balas sel darah putih untuk melawan kehadiran anasir luar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain