suria

Sumbat macam-macam masa raya buatkan perut terkejut! Makan sikit seperti pengantin antara tip elak masalah penghadaman

Perut terkejut adalah situasi di mana perut menerima makanan dalam jumlah banyak selepas sebulan sistem penghadaman berehat panjang.

RAMBANGNYA mata melihat juadah raya!

Lemang, rendang, ketupat, nasi impit, lontong dan sebagainya, semuanya disumbat masuk ke dalam mulut umpama 'membalas dendam' selepas sebulan berpuasa.

Tetapi bolehkah anda bayangkan apa yang berlaku selepas sebulan sistem penghadaman berehat panjang, tiba-tiba perlu bekerja keras lebih daripada kebiasaan pada hari raya?

Semestinya ia akan mengalami kejutan. Enzim makanan yang terhad serta saiz perut yang mula mengecil menyebabkan makanan yang masuk tidak dapat dihadam dengan sempurna.

Jika ada di antara anda mengalami beberapa gejala seperti:

1. Sakit perut memulas

2. Perut berangin

3. Loya

4. Cirit-birit

5. Pedih ulu hati

6. Sukar tidur

juadah raya

Juadah raya sememangnya membuatkan seseorang rambang mata.

Empat gejala ini mungkin dianggap seperti gejala keracunan makanan, tapi sebenarnya ia adalah gejala 'perut terkejut' berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘balas dendam’ ketika berbuka, diet pun ‘terbabas’! Ini 8 tip kekal berat badan ketika berpuasa

Untuk mengelakkan masalah ini, anda dinasihatkan untuk:

1. Mengawal pemakanan dengan tidak makan terlalu banyak, makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna sebelum telan.

2. Jika mempunyai banyak jemputan terbuka atau rumah yang mahu dikunjungi, seeloknya ambil makanan dalam portion (bahagian) yang kecil sahaja seperti pengantin.

3. Seeloknya, ambil makanan daripada sumber karbohidrat terlebih dahulu seperti lemang atau hidangan nasi. Kuih muih atau pencuci mulut boleh makan kemudian.

open house

Sentiasalah mengawal pemakanan ketika menghadiri majlis rumah terbuka. Gambar hiasan.

4. Elakkan meminum minuman bikarbonat dan kopi.

5. Elakkan buah berasid seperti limau, anggur dan tomato.

6. Elakkan asap rokok. Walaupun asap rokok disedut ke peparu, sebahagiannya akan ke perut. Ia adalah iritasi kepada lapisan didalam perut yang menyebabkan penghasilan asid.

7. Berpakaian longgar.

8. Satu cara lagi yang berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan puasa sunat Aidilfitri atau puasa 6. Semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain