suria

Patut la dibenci saudara-mara, rupanya sibuk tanya orang bila nak kahwin... Ketahui 7 topik dilarang bual ketika Syawal

raya 2

SETELAH sebulan berpuasa, kini tibalah hari yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam iaitu detik 1 Syawal.

Semestinya hari raya adalah waktu terbaik untuk kita ziarah-menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan yang sudah sekian lama tidak bersua muka.

Selain bertanya khabar, pasti kita teruja untuk bersembang pelbagai topik mengenai perkembangan diri masing-masing.

Dalam kerancakan beramah mesra, berhati-hatilah memilih topik untuk berbicara. Pendek kata, usah kita lupa mengenai beberapa adab yang harus dijaga.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Menghendap’ tuan rumah antara perkara dilarang... Ketahui 10 adab ini ketika ziarah Aidilfitri

Ini tujuh perkara yang 'dilarang' untuk dibualkan ketika ziarah beraya untuk dijadikan sebagai panduan bersama:

1. Jangan bersembang fizikal orang

Iya, apabila sudah lama tidak bertemu, pastinya ada perubahan pada bentuk fizikal seseorang contohnya kelihatan semakin berisi, rambut sudah mula beruban dan sebagainya.

Jangan tegur mengenai perubahan orang walaupun niat mahu bergurau, kerana perbuatan ini boleh dianggap sebagai 'body shaming'.

2. Jangan banding-bandingkan anak orang

Perkara yang satu ini ibarat tradisi masyarakat kita pula. Contohnya, membandingkan tahap kecerdasan atau kepintaran, prestasi dalam pelajaran dan sebagainya.

raya 1

Elakkan daripada membanding-bandingkan anak ketika beraya. Gambar hiasan

Tak perlu rasanya... pilihlah topik lain seperti isu semasa, atau hal-hal yang lebih bermanfaat.

3. Jangan memandai-mandai suap anak orang tanpa izin

Ini juga tidak kurang penting kerana masih ada orang yang berani menyuap anak orang lain tanpa izin ibu bapanya.

Sudah banyak kes di mana ada bayi yang terpaksa dirawat di hospital gara-gara diberi makan atau minum oleh orang lain.

Tanya dulu ibu atau bapa kepada si kecil sebelum memandai-mandai menyuapnya makanan atau minuman.

4. Jangan pertikai kerjaya orang

Sudah menjadi lumrah di mana masyarakat lebih suka menilai seseorang berdasarkan pencapaian atau kerjayanya.

Ini juga salah satu perkara yang sensitif untuk dibualkan.Usahlah sibuk dengan kerjaya orang... ini kan rezeki masing-masing.

5. Jangan tanya mengenai zuriat

Ini adalah satu lagi perkara yang dianggap 'big no' untuk dibualkan. Janganlah sibuk bertanya atau memberi petua itu ini melainkan tuan badan yang membuka bicara.

Lagipun, soal mengenai zuriat adalah kuasa Allah SWT. Siapalah kita yang mahu menyibuk?

6. Jangan bertanya soal jodoh

Ini satu lagi perkara yang sangat sensitif untuk dibualkan. Setiap kali beraya, topik mengenai jodoh seperti satu topik wajib pula.

Sama seperti isu cahaya mata, bab jodoh juga adalah tertakluk kepada Allah SWT.

raya 3

Pilihlah topik yang sesuai ketika berkunjung ke rumah sanak saudara ketika beraya . Gambar hiasan

7. Jangan raya terlalu lama

Tahulah teruja kerana lama tidak berjumpa, tapi janganlah sampai berjam-jam pula beraya.

Kadang-kadang tuan rumah segan nak tegur... nanti dianggap seperti menghalau pula.

Berpada-padalah kalau nak bersembang ya, takut terlajak sampai 'curi' waktu orang nak berehat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain