SAKIT kepala sering dialami ramai individu tidak kira orang dewasa dan remaja. Biasanya, penyakit ini muncul apabila seseorang itu berada dalam situasi tegang, mengalami tekanan, kurang tidur, keletihan, faktor cuaca dengan beberapa simptom serta tahap kesakitan berbeza. Selain mengambil ubat tahan sakit atau paracetamol, anda juga boleh mencuba petua yang dikongsikan seorang ustaz. Keberkesanan kaedah itu dikongsikan sendiri oleh Norazri Medzlan di Facebook yang mengalami sakit kepala kerana tersilap posisi ketika tidur (salah bantal) dan migrain. "Dua kali sudah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab salah bantal. Hari ini sakit kepala (migrain). Ais diletakkan 10 minit sehingga cair di bahagian leher. "Letak ais batu dalam 10 minit dekat tengah-tengah tengkuk terus hilang sakit kepala. "'Ringan terus kepala ni!" katanya yang menunjukkan foto ais sedang cair di bahagian tengkuk seorang individu lelaki. Norazri mengakui bahawa dia sebelum ini sekadar membaca sahaja petua tersebut yang dikongsikan di media sosial. Namun, setelah mencubanya sendiri, ternyata tip tersebut mujarab apabila sakit kepalanya sembuh. Selain meletakkan ais secara terus di tengkuk, pek ais atau tuala sejuk juga boleh diletakkan di bahagian dahi untuk membantu mengurangkan kesakitan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube