suria

Rimas ‘cik bunga’ bau tak sedap? Cuba buat sendiri air rendaman di rumah, guna 3 bahan je... Masalah keputihan pun hilang

Rendaman faraj sudah diamalkan sejak generasi terdahulu. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan kebanyakan kaum hawa lebih memilih untuk menggunakan produk pembersih wanita yang ada di pasaran berbanding melakukan dengan kaedah tradisional.

Walau apapun pilihan anda, rendaman faraj atau tangas sangat digalakkan dan merupakan amalan perbidanan Melayu lama.

Selain mengecutkan rahim bagi wanita bersalin, bertangas dapat mengurangkan keputihan, membantu masalah kedinginan seks dan melancarkan haid.

Rendaman faraj juga boleh dilakukan semua golongan wanita sama ada gadis perawan mahupun ibu lepas bersalin dan sedang hamil.

Anda boleh melakukannya di rumah dengan beberapa jenis bahan berikut seperti perkongsian Airis Suraya ini.

Air rendaman faraj dapat membantu mengurangkan masalah keputihan bagi wanita. -Gambar Airis Suraya

Air rendaman faraj dapat membantu mengurangkan masalah keputihan bagi wanita. -Gambar Airis Suraya

Bahan-bahan:

1. Buah manjakani

2. Asam gelugur kering

3. Garam kasar (boleh gunakan juga garam bukit)

Cara penyediaan:

1. Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih. Pastikan api perlahan selama satu jam.

2. Tuang ke dalam besen rendaman faraj.

3. Campurkan sedikit air supaya menjadi suam sebelum duduk berendam.

Lakukan selama 30 minit dan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan maksima.

Selepas beberapa kali melakukannya, anda pasti merasakan perbezaan. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain