SEBAGAIMANA wajah, penjagaan kulit di tubuh juga perlu dititikberatkan bagi memastikan seluruh badan kekal sihat. Mencuci dengan sabun semata-mata tidak mencukupi untuk mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan berseri seterusnya membuatkan anda dapat tampil yakin di khalayak. Jika anda rasa tidak sempat untuk ke spa, bolehlah cuba kaedah yang dilakukan bekas pramugari, Azreen Abdullah ini yang telah diamalkan sejak usianya 10 tahun. Hanya menggunakan susu, kulit dikatakan mampu menjadi lebih halus dan cantik jika kaedah ini sering diamalkan. Susu diperkaya dengan vitamin A, B, protein dan asid alfa hidroksi (AHA) yang efektif untuk memberi nutrisi kepada kulit, sekali gus mengatasi pelbagai masalah seperti jerawat, mengecilkan pori, menghaluskan kulit, mencerahkan dan banyak lagi manfaat lain. Susu juga efektif untuk menanggalkan sel kulit mati seterusnya mengatasi minyak berlebihan pada wajah kerana kandungan AHA. Mandian susu dapat membantu mencantikkan kulit. -Gambar Azreen Abdullah Bahan-bahan: Susu Skrub badan Air mawar Cara penyediaan: 1. Campurkan susu bersama air suam di dalam besen rendaman. 2. Tambahkan air mawar bagi mendapatkan wangian segar. 3. Kemudian skrub keseluruhan badan dan berendam dalam air campuran tadi selama 30 minit. Amalkan mandi susu dengan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat seperti diingini. Lepas ini tak perlu lagi solekan tebal atau guna filter apabila bergambar tau! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube