suria

Minum air rebusan ‘rumput’ tepi rumah bantu kecutkan buasir, selesai masalah ‘seram’ nak lepas hajat

Air rebusan sawi langit dikatakan membantu melegakan masalah buasir.

SAKIT kontraksi bersalin pun masih belum hilang, tiba-tiba datang pula penyakit buasir.

Kesakitan yang dialami semasa 'membuang' membuatkan kebanyakan ibu bersalin berasa takut untuk ke tandas sehingga ada yang sanggup 'catu' makan kerana tidak mahu lepas hajat.

Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah dan terdiri daripada buasir dalaman mahupun luaran.

Selain ibu bersalin, golongan lelaki juga cenderung terkena penyakit ini terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang ada buasir.

Bagi yang pernah menggunakan pelbagai produk di pasaran tetapi tidak berjaya menghilangkan buasir, cubalah petua tradisional yang menggunakan sawi langit atau vernonia cinerea ini.

Pokok sawi langit sering digunakan untuk merawat masalah buasir. -Gambar Farah Fara

Pokok sawi langit sering digunakan untuk merawat masalah buasir. -Gambar Farah Fara

Cara penyediaan:

1. Cabut pokok sawi langit bersama akar.

Seeloknya dua atau tiga batang pokok untuk sekali minum.

2. Basuh sehingga bersih terutama di bahagian akar.

3. Rebus bersama dua cawan air dengan api perlahan.

4. Selepas air rebusan tinggal kira-kira satu cawan, tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum minum.

Minum air rebusan ini boleh diamalkan dua kali dalam seminggu dan kesakitan semasa buang air besar akan kurang seterusnya membantu menghilangkan buasir.

Paling menarik, anda tak perlu berpantang cili padi ya! Selamat mencuba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain