suria

Petua suami nak ‘mendayung’ sepanjang malam... Amalkan 6 perkara ini, pasti tak ‘karam’ tengah jalan!

Suami perlu amalkan pemakanan seimbang bagi mengekalkan ereksi ketika bersama isteri. -Gambar hiasan

SETIAP kali nak 'bersama' pasti kena makan ubat biru ataupun jamu supaya dapat bertahan lama.

Kalau asyik amalkan, pasti mudarat pada diri sendiri.

Para suami jangan bimbang jika anda inginkan 'kuasa luar biasa', cuba lakukan petua seperti laporan Metro.co.uk ini.

1. Turunkan berat badan

Dengan kehilangan 10 peratus berat badan, satu daripada tiga lelaki obesiti berjaya meningkatkan kualiti ereksi.

2. Jangan lakukan perkara yang sama di ranjang

Wahai para suami, rangsangan yang sama akan 'hilang' selepas beberapa ketika.

Jadi pelbagaikan aksi anda ya, pasangan pun akan lebih teruja!

Diet Mediterranean adalah yang terbaik untuk diamalkan. -Gambar hiasan

Diet Mediterranean adalah yang terbaik untuk diamalkan. -Gambar hiasan

3. Senaman 30 minit setiap hari

Tambah baik stamina anda dengan melakukan senaman setiap hari.

Tak perlu marathon 10km, janji anda berjaya keluarkan sedikit peluh dengan lakukan senaman ringan seperti plank supaya kekal bertenanga.

4. Pastikan hanya berdua dengan pasangan

Privasi adalah penting! Kadang-kala hubungan akan terbantut apabila diganggu oleh anak-anak.

Pastikan mereka sudah tidur nyenyak terlebih dahulu sebelum anda meneruskan 'drama' bersama pasangan.

5. Amalkan diet mediterranean

Diet mediterranean menghadkan pengambilan daging, makanan laut, telur, yogurt, keju, gula dan lain-lain lagi.

Institut Kajian Penyakit Urologi mendakwa, amalan melakukannya akan meningkatkan peluang anda untuk kekal lebih lama.

6. Ambil masa secukupnya

Jangan terburu-buru semasa bersama pasangan ya. Itu bukan sahaja menggaggu ejakulasi tetapi turut merosakkan mood anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain