PELBAGAI cara sudah dilakukan termasuk ikhtiar secara tradisional, namun 'pejuang dua garis' masih juga gagal mendapatkan zuriat. Nak lakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pula, sumber kewangan masih tidak mencukupi. Usia pun sudah semakin lanjut jika masih tidak hamil. Apa kata anda semak kembali produk kegunaan harian seperti yang disarankan pegawai perubatan Klinik Raihana, Dr Raihana Ismail. Malah beliau pernah mengakui keguguran sebanyak tiga kali sebelum berjaya mendapatkan cahaya mata pertama. "Keguguran kehamilan kimia nama diagnosis tu. Jadi saya dapat kenal pasti apakah bahan kimia yang sebenarnya tak boleh ada dalam badan. "Kalau saya masih konsisten menggunakannya, ia akan menyebabkan telur saya tidak berkualiti... kromosom defect ataupun sperma suami saya akan bermasalah. "Jadi ia menyebabkan perkembangan embrio tak dapat berlaku," ujarnya. Tiga bahan yang terkandung dalam produk kegunaan harian seperti syampu, losyen mahupun penjagaan wajah ini akan menyebabkan sel termutasi pada masa sama punca kepada kanser. Dr Raihana menjelaskan beberapa bahan dalam produk harian yang menjadi punca janin gugur. 1. Phalates Awas ya! Ia juga ada banyak nama lain seperti DMP atau dibutylphalates DBP dan DEP (diethylphalates). Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) sememangnya tidak meluluskan phalates. Kebiasaanya ia digunakan bagi membolehkan haruman wangi tahan lama. Ibu bapa juga perlu sentiasa pantau kerana ia banyak terdapat dalam produk penjagaan bayi. Berdasarkan kajian yang dilakukan menerusi air kencing, phalates terkandung di dalamnya sekali gus menunjukkan ia adalah bahan kimia yang boleh diserap ke dalam uri dan tali pusat anak. 2. Triclosan Kebiasaannya digunakan sebagai antiseptik atau anti mikrobia. Ia digunakan untuk produk pencegahan kuman seperti produk mandian yang sering tertulis kills bacteria. Kalau digunakan secara berterusan dan berlebihan akan memberi kesan kepada risiko resistant atau bakteria menjadi kebal dengan bahan pembasmi. Ia akan menyebabkan bakteria berkenaan menjadi semakin kuat. Bahan kimia ini boleh memasuki pembuluh darah dan kesannya akan mimik kepada hormon lelaki dalam badan wanita jadi kilang kelur menjadi 'terbalik'. Ada kajian yang menunjukkan triclosan ini boleh meresap masuk ke dalam susu ibu kerana sifatnya yang mudah menyerap. Ia boleh juga menyebabkan sel termutasi dan kecacatan awal janin ataupun keguguran akan berlaku. 3. Paraben Majoriti produk di pasaran ada bahan kimia ini terutama syampu dan conditioner. Ia boleh meresap ke dalam kulit kepala dan masuk ke dalam darah untuk mimik kepada hormon palsu. Jadi berlaku ketidakseimbangan hormon. Berdasarkan kajian terhadap pesakit kanser payudara, paraben dikesan terkandung dalam tisu payudara. Jadi pilihlah yang natural dan organik ya. Pasaran semasa pun sudah banyak produk yang mengutamakan bahan organik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube