BERDASARKAN kajian baru-baru ini, 53 negara melaporkan penurunan antara 50 hingga 60 peratus jumlah sperma khususnya dalam kalangan lelaki di Amerika Utara, Eropah dan Australia. Menurut pakar daripada laman perubatan Superdrug Online Doctors, Dr. Babak Ashrafi, kebiasaannya kesuburan lelaki merosot ketika berusia 40 hingga 45 tahun. Pun begitu terdapat faktor lain yang mendorong masalah kekurangan sperma dalam kalangan lelaki muda seperti dilaporkan Metro.co.uk. 1. Tekanan atau stres Kajian mendapati lelaki yang sering merasa tertekan lebih berisiko mengalami penurunan testosteron, jumlah sperma lebih rendah, pengeluaran sperma tidak normal dan penurunan motilitas sperma (fungsi yang membolehkan sperma bergerak). Banyak peristiwa semasa boleh meningkatkan tekanan seseorang individu termasuk peningkatan kos sara hidup. 2. Berat badan Berat badan yang meningkat juga memainkan peranan. Mempunyai indeks jisim badan (BMI) tinggi adalah punca jumlah sperma rendah, serta penurunan kualiti dan pergerakan sperma. 3. Alkohol Faktor seterusnya adalah pengambilan alkohol yang boleh menjejaskan tahap hormon dan menghalang fungsi testis lelaki. 4. Rokok Ketagihan merokok juga menyebabkan jumlah air mani dan bilangan sperma lelaki menjadi lebih rendah. 5. Diet Golongan lelaki seharusnya mengamalkan pemakanan sihat dan pengambilan buah-buahan serta sayuran. Ia turut mempengaruhi jumlah sperma, termasuk makan makanan segera dengan banyak. 6. Kurang bersenam Mobiliti lebih rendah juga menjadi punca masalah kesuburan lelaki. Lelaki yang aktif menunjukkan tahap hormon dan pengeluaran sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang kurang aktif. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube