suria

Isteri belum sempat puas, ‘adik’ dah terkulai layu... Para suami kena amal makan 6 jenis buah-buahan ini, pasti tahan lama!

Ketahui makanan yang boleh membantu menguatkan tenaga batin lelaki.

BELUM sampai ke 'destinasi', tiba-tiba dah terkulai layu!

Para suami pasti berasa malu apabila berhadapan situasi seperti itu selain bimbang tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri.

Kadang kala, segala teknik dan petua yang diamalkan tidak berhasil kerana faktor pemakanan yang salah.

Bagi anda yang cuba mengatasinya, boleh amalkan enam buah-buahan ini seperti yang dikongsikan Dating Taxi. Pasti isteri tidak mencebik lagi!

tembikai

1. Tembikai

Kaya dengan sitrulina, tembikai terkenal sebagai buah yang tinggi kandungan airnya sekali gus membantu meningkatkan aliran darah.

Amalan seharian memberikan anda ereksi yang lebih keras dan tahan lama.

peach

2. Peach

Merupakan buah-buahan yang manis dan berair, peach kaya dengan antioksida serta vitamin C.

Ia dapat meningkatkan aliran darah serta kekuatan ereksi.

avokado

3. Avokado

Sarat dengan lemak sihat dan vitamin E, buah ini dapat meningkatkan tahap testosteron dan kesihatan seksual secara keseluruhan.

Jika kurang meminati buah ini, anda boleh jadikannya sebagai jus atau makan bersama yougurt. Lebih menyelerakan!

Anggur

4. Anggur

Kaya dengan resveratrol, anggur meningkatkan aliran darah dan testosteron.

Seterusnya tahap kekuatan dan daya tahan eraksi juga meningkat.

Ceri

5. Ceri

Selalu dijadikan snek pada waktu malam, ceri sarat dengan antioksida yang membantu menambah baik aliran darah.

Hasilnya, anda dapat merasai ereksi dengan lebih bertenaga.

Strawberi

6. Strawberi

Vitamin C yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan bilangan sperma dan membantu gerakannya supaya tidak lemah.

Amalan memakannya akan membuatkan anda lebih 'berkuasa' ketika ereksi dan pastinya menggembirakan pasangan.

Segarkan tubuh anda dengan buah-buahan yang dapat meningkatkan ereksi dan beraksilah bersama pasangan dengan daya tahan yang lebih lama.

Jadikan ia sebagai snek sebelum waktu tidur ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain