suria

Awas, jangan main sumbat je! 3 bahan ini tak patut disimpan dalam peti sejuk, tapi mak-mak selalu buat

Peti sejuk dijadikan ruang penyimpanan pelbagai jenis makanan dan bahan mentah. -Gambar hiasan

SETIAP kali ada lebihan makanan mahupun bahan mentah seperti bawang, pastinya para ibu akan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Maklumlah, fungsi utama peti sejuk ialah menyejukkan makanan supaya selamat daripada pembiakan bakteria dan mengelakkan kerosakan.

Sekurang-kurangnya lebihan makanan yang dimasak, boleh tahan lebih lama dan tak perlu dibuang begitu sahaja.

Tapi awas ya! Bukan semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk seperti perkongsian Ladya Ayumi ini.

1. Kentang

Ramai yang gemar menyimpan kentang di dalam peti sejuk tanpa mengetahui kanji yang terdapat pada ubi ini akan berubah menjadi gula jika disimpan di sini.

Jadi, apabila digunakan dalam masakan, makanan akan menjadi lebih manis dan berwarna gelap.

coklat

2. Bawang

Semua jenis bawang selalunya disimpan di dalam peti ais terutama sekali jika ada lebihan ketika menggunakannya untuk masakan.

Sebenarnya bawang perlu disimpan di tempat yang kering dan terang.

Tapi perlu diletakkan jauh dari kentang sebab bawang akan keluarkan gas yang membuatkan kentang cepat rosak.

3. Coklat

Boleh dikatakan hampir kesemua peminat coklat akan menyimpan bakinya di dalam peti sejuk.

Sebenarnya, untuk mengekalkan rasa yang manis, coklat mestilah disimpan di tempat yang gelap dan pada suhu bilik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain