suria

Hidup lebih ceria dengan ceri! Kajian mendapati buah ini ada sekurang-kurangnya 6 manfaat kesihatan

Ceri boleh dimakan pada waktu malam bagi mendapatkan tidur yang nyenyak. -Foto Northwest Cherries

SELAIN dijadikan hiasan pada pastri dan kek kerana warna dan saiznya yang comel, ceri juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan.

Amalan pengambilannya setiap hari dapat membantu mencegah diabetes selain menjadikan kesihatan kardiovaskular lebih baik.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan MDPI (Molecular Diversity Preservation International) berhubung nutrisi di dalam ceri, terdapat enam kelebihan yang dapat dimanfaatkan tubuh anda.

1. Anti radang

Ceri manis mengandungi antosianin, yang membantu menutup enzim punca keradangan tisu dengan cara yang sama seperti ibuprofen dan naproxen. Peningkatan keradangan adalah punca utama kepada pelbagai penyakit kronik manusia, seperti arthritis, diabetes, kanser hipertensi, penyakit kardiovaskular.

Ada yang menjadikan ceri sebagai snek tambahan. -Gambar hiasan

Ada yang menjadikan ceri sebagai snek tambahan. -Gambar hiasan

2. Melawan kanser

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa ceri manis mempunyai keupayaan untuk membantu melawan kanser.

Antara sebatian lain dalam ceri adalah asid elagik dan anthocyanin yang bertindak sebagai perencat kepada pertumbuhan sel kanser.

Fitonutrien lain juga sentiasa menjadi tumpuan kajian.

3. Elak serangan gout

Satu bentuk arthritis yang menyakitkan disebabkan oleh peningkatan paras asid urik dalam darah adalah gout.

Malah ia telah menjejaskan lebih daripada 8.3 juta rakyat Amerika.

Menurut kajian yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Barat USDA, tahap asid urik dalam darah dapat diturunkan dengan pengambilan ceri manis.

Kajian yang dilakukan di Sekolah Perubatan Universiti Boston turut melaporkan pesakit yang makan ceri dan mengambil ubat mempunyai 35 peratus hingga 75 peratus kemungkinan lebih rendah untuk mengalami serangan.

Ceri membantu mengawal berat badan.

Ceri membantu mengawal berat badan.

4. Tingkat kualiti tidur

Salah satu daripada beberapa sumber tumbuhan melatonin seperti ceri manis adalah bantuan semula jadi dalam meningkatkan kualiti tidur.

Makan ceri kira-kira sejam sebelum waktu tidur boleh membantu menstabilkan dan mengawal corak tidur anda!

5. Kawal berat badan

Secawan ceri manis menyumbangkan kira-kira tiga gram serat, atau kira-kira 12 peratus daripada nilai harian berdasarkan laporan Garis Panduan Pemakanan USDA.

Hanya dua cawan buah setiap hari boleh membantu memastikan berat badan yang sihat, pencegahan diabetes dan kesihatan kardiovaskular yang lebih baik.

6. Kekalkan paras gula dalam darah

Meskipun sesetengahnya berasa manis, ceri mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada hampir semua buah lain.

Ia melepaskan glukosa secara perlahan dan sekata, jadi paras gula darah kekal stabil lebih lama.

Pengambilan ceri membantu mengawal berat badan anda.

Jadi anda boleh menikmati kemanisan ceri tanpa ragu-ragu!

Cubalah Northwest Cherries atau Ceri Barat Laut yang sedang bermusim sehingga pertengahan Ogos ini.

Ditanam dengan teliti selama 12 bulan di kebun di Barat Laut Amerika Syarikat sebelum dituai, dibungkus dan dieksport ke Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas tuaian!

Ceri Barat Laut bukan sahaja hidangan bermusim dan lazat, tetapi juga diperkaya dengan vitamin penting, antioksidan dan pelbagai manfaat kesihatan.

Menggabungkan ceri ke dalam diet dan gaya hidup boleh memberi kesan positif pada kesihatan keseluruhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain