suria

Risau asyik telan ubat kuat sebelum ‘berperang’, minta suami cuba guna kulit kayu manis... Isteri pun boleh tumpang sekaki!

Khasiat ramuan ini dikatakan dapat membantu masalah yang sering dihadapi suami.

ASYIK tewas awal setiap kali bersama isteri pastinya memalukan.

Kaedah rawatan alternatif seperti urut batin atau ubat-ubatan tradisional pula tidak menjadi.

Sudahlah tidak 'padu', masalah lain pula yang timbul disebabkan amalan seperti itu.

Anda yang mengalami masalah tersebut jangan berputus asa kerana cara yang dikongsikan pegawai perubatan Klinik Raihana, Dr Raihana Ismail ini pasti membantu.

Teh kulit kayu manis boleh ditambah perahan air limau.

Teh kulit kayu manis boleh ditambah perahan air limau.

Cara-cara penyediaannya:

1. Ambil dua batang kulit kayu manis.

2. Masukkan air panas. Boleh juga dimasak atas dapur sehingga mendidih.

3. Biarkan selama 15 minit seperti membuat teh. Jangan tambah gula ya!

4. Boleh diminum ketika sejuk atau semasa suam. Boleh juga tambahkan air limau nipis atau limau kasturi bagi mendapatkan rasa yang lebih sedap.

5. Amalkan satu cawan sehari atau sebelum tidur.

Teh kulit kayu manis ini mengandungi khasiat tersendiri kerana bahan alaminya merupakan anti oksida, anti fungal dan anti bakteria.

Bukan sahaja mudah dilakukan, kualiti sperma serta telur ovum juga terpelihara.

Mereka yang cuba mendapatkan zuriat juga digalakkan untuk mencuba, pastikan amal bersama isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain