KAUM wanita tidak dapat lari daripada masalah vagina seperti keputihan, berbau, gatal-gatal serta longgar. Selain faktor penuaan, masalah vagina juga sering dihadapi oleh wanita yang baru melahirkan anak. Ia berlaku disebabkan otot lantai pelvis yang menjadi lemah kerana tahap estrogen semakin rendah. Jadi dika anda mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti suplemen, pastikan ia diperakui oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Dalam masa sama apa kata anda mencuba langkah yang dikongsikan Sarifa Redzuan dalam menjaga vagina. 1. Lakukan senaman kegel Seeloknya lakukan sekurang-kurangnya seminggu dua kali, 10 minit setiap sesi. Boleh juga lakukan senaman L-shape setiap hari bagi menguatkan rahim dan membantu masalah berkaitannya. Paling menarik, masalah migrain dan sakit kepala mahupun sakit belakang dan pinggang pun boleh hilang. 2. Bertangas Boleh amalkan tangas basah dan kering untuk mendapat kesan maksima. Lakukan dua kali seminggu dengan 15 minit pertama tangas basah dan 15 minit akhir tangas kering. Kaedah ini membantu mewangikan badan secara semulajadi. Peluh pun boleh wangi tau! 3. Cuci vagina dengan air herba Lakukan seminggu dua kali dengan menggunakan air rebusan ramuan seperti tangas basah. Apabila agak suam-suam, tambah sedikit garam kemudian buat cucian pada vagina. Jangan lupa sental hirisan limau di sekitar vagina dengan perlahan-lahan. 4. Gunakan ramuan minyak manjakani Minyak ini sesuai untuk sapuan di dalam vagina seminggu sekali. Ramuan ini sesuai untuk semua masalah yang dialami para wanita termasuk menopous, kering, becak dan sebagainya. Masalah fibroid juga dapat dihindari. 5. Elakkan produk yang mengandungi xenoestrogen Produk-produk ini boleh mengurangkan keanjalan dinding rahim, menjadikannya lebih nipis dan rapuh. Juga elakkan makanan dalam tin yang biasanya dilapisi dengan salutan plastik mengandungi bisphenol-A (BPA), sebuah xenoestrogen. Selain itu, makanan yang mengandungi protein soya dan isolat protein soya juga perlu dielakkan kerana ia dibungkus dengan jumlah estrogen tumbuhan yang tidak normal, yang boleh menyebabkan dominasi estrogen. Jadi sebaiknya makan kacang soya organik, edamame, tauhu atau tempe. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube