suria

Mahu kekalkan keharmonian rumah tangga? Ini 5 ‘larangan’ untuk mereka yang bergelar suami, isteri

Pasangan tidak seharusnya berkira dalam segala urusan. -Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini pelbagai masalah rumah tangga didedahkan di media sosial oleh mereka yang melaluinya.

Ada yang mendedahkan ia berlaku disebabkan orang ketiga, tidak kurang juga yang menjadikan perihal kewangan sebagai punca.

Bagi mereka yang ingin mengekalkan keharmonian rumah tangga, lima perkara ini perlu dielakkan seperti perkongsian Dalia.

Paling penting adalah suami isteri perlu bersama-sama berusaha menjaga keharmonian rumah tangga.

1. Jangan membandingkan pasangan

Suami isteri perlu hentikan sikap membanding-bandingkan siapa lebih penat. Dalam perkahwinan semua tanggungjawab dipikul sama-sama.

Buatlah sesuatu tugas atau kerja itu disebabkan tanggungjawab dan bukan kerana kita sudah membuat banyak kerja atau sebaliknya.

Suami isteri tidak berkira soal kewangan. -Gambar hiasan

Suami isteri sepatutnya tidak berkira soal kewangan. -Gambar hiasan

2. Jangan berkira

Jika isteri tidak berbelanja barangan yang tak perlu, bermakna wang yang diberikan tidak cukup dan suami jangan cepat sangat melabel isteri boros.

Melainkan memang betul-betul mampu berikan dalam jumlah yang terhad, maka boleh bincang elok-elok dengan isteri tentang cara untuk menguruskan perbelanjaan.

3. Jangan ego

Apabila ego tinggi, itu yang menyukarkan kita untuk menerima teguran pasangan.

Kita semua akan buat silap dan ada kekurangan, jadi kalau pasangan tegur untuk kebaikan, terimalah teguran itu dan ubahlah diri.

Jangan ingat diri sendiri sentiasa betul ya!

Campur tangan keluarga antara punca penceraian yang berlaku. -Gambar hiasan

Campur tangan keluarga antara punca penceraian yang berlaku. -Gambar hiasan

4. Jangan biar orang luar masuk campur

Nak duduk mana selepas kahwin pun tanya keluarga, suami tak tolong kemas rumah pun mengadu pada keluarga.

Kadang-kadang waktu yang sesuai untuk ada anak pun nak tanya keluarga.

Kalau macam ni, keluarga yang kawal rumah tangga, bukan anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu bebas bergaul

Kes curang terlalu berleluasa dan perkara inilah yang menjadi salah satu punca.

Kalau dah kahwin buat cara berkahwin dengan menjaga batas pergaulan dan apabila berada dengan kawan-kawan berlainan jantina.

Jangan terlalu mesra dengan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain