suria

Kadang-kadang terkena sindrom malas, semua kerja tertangguh... Cuba 5 kaedah ini untuk ubatinya

Perasaan malas dapat diatasi dengan melakukan sedikit perubahan dalam amalan seharian.

KADANG-KADANG perasaan malas akan menyelubungi diri walaupun waktu tidur dan rehat sudah mencukupi.

Kalau diikutkan, satu kerja pun tak boleh dilakukan.

Paling bimbang kalau perasaan tersebut muncul pada waktu yang tidak sepatutnya seperti ketika menyiapkan tugasan, kerja pasti tertangguh!

Apa kata anda amalkan lima kaedah masyarakat Jepun seperti yang dikongsikan Richard Yuzee ini untuk kembali bersemangat.

1. Ikigai (semulajadi, tanpa paksaan)

Temui tujuan anda dalam hidup, paling penting adalah untuk menentukan sebab anda perlu bangun pagi setiap hari.

Pilih sesuatu yang selaras dengan kekuatan, minat dan keperluan dunia anda. Barulah memberi makna hidup.

Ramai yang gemar bermalasan di hadapan televisyen.

Ramai yang gemar bermalasan di hadapan televisyen.

2. Kaizen (penambahbaikan berterusan)

Fokus pada peningkatan kecil setiap hari. Anda tidak perlu melakukan semuanya sekali gus, cuma kekal maju sedikit demi sedikit.

3. Pomodoro Technique (tempoh masa)

Sentiasa amalkan bekerja selama 25 minit, berehat selama 5 minit dan ulanginya bagi mengekalkan stamina.

Ini membantu anda kekal fokus dan mengelakkan keletihan.

Pssstt... ia adalah punca perubahan terbesar dalam produktiviti!

4. Hara Hachi Bu (makan hingga 80 kenyang)

Jangan penuhkan perut dengan makanan. Makan sehingga 80 peratus kenyang sahaja supaya anda akan berasa lebih bertenaga sepanjang hari.

Selain itu, anda tidak perlu membuka butang seluar selepas makan tengah hari.

5. Shoshin (konsep pemula)

Lakukan tugasan dengan minda yang segar. Jangan risau tentang menjadi sempurna atau mempunyai semua jawapan.

Hanya buka minda untuk belajar dan mencuba perkara baharu yang akan mengujakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain