suria

Kulit cantik, payudara tegang, punggung mantap sapu minyak halba! Buat guna 2 bahan je, modal kurang RM10

Halba mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh.

MACAM-macam produk dah cuba termasuk supplement, tapi wajah tetap kusam dan berjerawat.

Solekan pun tak membantu kalau berada di kawasan terbuka dan panas, silap haribulan muka nampak bercapuk kerana pemakaian bedak asas dan mekap yang berlebihan.

Menerusi perkongsian Cikgu Pah, dua bahan ini dapat membantu anda yang mengalami masalah kulit wajah.

Kos pun tak sampai RM10 dan menggunakan bahan asas di dapur. Paling penting boleh digunakan untuk pelbagai dan sangat berbaloi!

Halba yang dimasak bersama minyak zaitun.

Halba yang dimasak bersama minyak zaitun.

Bahan-bahannya

1. 50gram halba (lebih bagus dikisar)

2. 100ml minyak zaitun

Cara penyediaannya

1. Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam, kemudian biarkan sejuk.

2. Perap dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.

3. Tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol penyembur supaya mudah nak gunakan nanti. Kalau suhu bilik, minyak boleh tahan sehingga lima bulan.

4. Jangan buang hampas. Boleh buat scrub muka atau badan selepas campur dengan yogurt.

Cara menggunakannya

Masalah jerawat pun dapat diatasi.

Masalah jerawat pun dapat diatasi.

1. Sapu di muka sambil urut untuk kulit lembab dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut-parut pun pudar dan ia sesuai untuk kulit sensitif.

Selepas urut tak perlu cuci dan elok diamalkan sebelum tidur.

2. Boleh campur dalam sedikit yogurt untuk dijadikan masker muka. Biar dalam 20 minit kemudian cuci dengan air biasa.

3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Kekal awet muda!

Masalah rambut dan kulit kepala dapat diatasi dengan minyak halba.

Masalah rambut dan kulit kepala dapat diatasi dengan minyak halba.

4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala. Dapat membantu menjadikan rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang kerana minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala.

Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal-gatal. Paling best rambut kurang gugur.

5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit... nanti bulat elok buah dada tu. Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega 3).

Pinggul juga boleh menjadi montok.

Pinggul juga boleh menjadi montok.

Ramuan ni boleh juga disapu pada punggung sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit pun akan jadi warna sekata dan halus. Akan dapat hasil yang menakjubkan jika diamalkan secara konsisten.

6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapatkan kulit lembap dan halus.

7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan. Apa-apa pun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang menakjubkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain