suria

Rahim kembang selepas bersalin, seks jadi hambar! Ini 7 tip kembalikan sensasi hubungan ranjang, elak suami ‘makan luar’

Teknik berpantang membantu mengatasi masalah rahim kembang.

ISU suami 'makan luar' selepas menyambut kelahiran pertama merupakan masalah yang sering dihadapi para isteri masa kini.

Kebanyakannya menjadikan faktor hubungan seksual sebagai alasan dan punca keretakan rumah tangga.

Memetik kenyataan Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar menerusi artikelnya di doctoroncall, rahim kembang ialah masalah yang boleh berlaku pada wanita yang baru sahaja melahirkan anak.

Bagaimanapun, mereka yang masih belum melahirkan anak juga tidak terkecuali daripada berdepan masalah ini.

"Wanita yang baru sahaja bersalin, lebih berisiko tinggi untuk mengalami rahim kembang kerana keadaan rahim yang telah menegang dan membesar untuk menempatkan bayi selama sembilan bulan.

"Sel otot rahim gagal untuk mengecut walaupun apabila hormon oxytocin yang berfungsi untuk mengecut dan memulakan kontraksi sewaktu bersalin dirembeskan," jelasnya.

Bagi perawat tradisional pula, masalah rahim kembang atau jatuh dapat diatasi sekiranya para isteri berpantang dengan sebaiknya sejurus selepas melahirkan anak.

Ini tujuh tip penjagaan rahim daripada Yanie Mizzyanie Confinement yang perlu anda tahu:

1. Berurut

Dengan berurut selepas bersalin dapat membantu menaikkan semula rahim dan membetulkan kedudukannya yang terkesan selepas melahirkan anak.

Bertungku dipercayai dapat membantu menaikkan rahim selepas bersalin.

Bertungku dipercayai dapat membantu menaikkan rahim selepas bersalin.

2. Bertungku

Selalu bertungku, dari bahagian rahim tolak perlahan naik ke atas. Boleh amalkan tungku sama ada moden atau tradisional.

3. Berpantang makanan

Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang dan anak-anak sudah besar.

Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.

4. Makan jamu atau supplement

Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman.

5. Elak angkat barang berat

Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat barang berat. Biasanya selepas bersalin, rahim memang mudah jatuh sebab otot rahim lemah.

Ini kerana urat sekeliling sudah mengembang semasa mengandung. Jadi, walaupun baru setahun dua tapi rasa badan dah sihat, anda tetap kena elakkan angkat barang berat termasuk dukung anak. Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.

6. Buat senaman menaikkan rahim

Boleh buat senaman untuk menaikkan rahim seperti senam kegel.

Ia juga baik untuk merapatkan kembali bahagian intim kita. Barulah seperti anak dara!

7. Pakai bengkung

Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. Pilih bengkung yang boleh tahan lama dan selesa. Jadi anda boleh terus berbengkung walaupun dah habis berpantang.

Pilih bengkung moden yang memang selesa dan boleh dipakai walaupun selepas tempoh berpantang atau waktu bekerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain