suria

Panjangkan bulu mata, lebatkan kening bayi cara bidan kampung! Memang menjadi, anak lelaki disangka perempuan

Susu ibu dikatakan dapat membantu memanjangkan bulu mata bayi.

PARA ibu pasti mengidamkan bayi yang comel dengan bulu mata panjang dan alis terbentuk.

Meskipun ramai yang menganggap kelebihan ini bergantung genetik dan keturunan namun terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan bagi membantu memanjangkan bulu mata bayi.

Seperti yang dikongsikan Aieesha Salleh, dia hanya menggunakan susu ibu untuk memanjangkan bulu mata dan alis.

“Apabila Ashraf lahir, memang bulu mata dia pendek macam bulu mata mak dia.

“Tengah saya ralit tengok anak saya yang baru beberapa hari umur dia, teringat petua ni. Lagi pula, mak bidan urut pun ada cakap pasal ni,” ujarnya sambil berkongsi petua.

Susu ibu dicalitkan pada mata bayi dari hujung kiri ke kanan.

Susu ibu dicalitkan pada mata bayi dari hujung kiri ke kanan.

Ringkasan cara-caranya:

1. Ambil sedikit air susu ibu dan calit atau sapukan pada mata bayi.

Maksudnya, sapukan pada bulu mata atau kening sahaja.

2. Calitkan dari hujung dalam ke hujung luar (bahasa senang dari hujung mata dekat dengan bahagian hidung tu ke luar)

3. Amalkan petua ni sekerap mungkin. Buat ni dalam empat hingga lima hari. Hasilnya, sekarang memang bulu mata Ashraf panjang. Sampai ada yang ingat dia ni perempuanl sebelum ayah dia botakkan.

4. Jangan lupa pula pastikan sapuan tu rata untuk mata kiri dan mata kanan ya! Takut pula lebat sebelah nanti.

Cubalah petua ni mana tahu menjadi!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain