suria

Anak tak ada siapa nak jaga? Mudah penyelesaiannya... Cari saja pengasuh terlatih, berkualiti di Kiddocare

Kiddocare adalah sebuah platform perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari rumah ke rumah.

MENCARI seorang pengasuh bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia tidak boleh dilakukan secara tangkap muat sahaja.

Ramai ibu bapa sering mengeluh kerana menghadapi kesukaran untuk mencari pengasuh yang mampu membantu menjaga anak ketika mereka sibuk bekerja atau ketika mempunyai urusan.

Pendek kata, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum ibu bapa mencari seseorang pengasuh untuk anak mereka.

Kiddocare mungkin adalah pilihan paling tepat kerana ia adalah sebuah platform perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari rumah ke rumah yang berkualiti dan dijamin selamat yang mana ia menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh terlatih secara dalam talian.

Platform ini dicipta sejak 2018 oleh Nadira Yusoff yang merupakan pengasas Kiddocare yang menemukan konsep ini semasa dia berada di Michigan, Amerika Syarikat.

Sesi temubual bersama Residen Koordinator UN, Karima El Korri (kiri), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) dan pengasas Kiddocare, Nadira Yusoff (kanan).

Selain ibu bapa, aplikasi juga terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada sudah berkahwin atau belum yang berminat untuk menjadi seorang pengasuh terlatih.

Ia bukanlah satu profesion yang boleh dipandang enteng kerana misi Kiddocare adalah untuk melahirkan ramai pengasuh wanita Malaysia yang mahu menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan ‘profesional’.

Pada 22 hingga 23 Jun lalu, Yayasan Asia mengambil bahagian dalam mengetuai dua sesi di Forum Ekonomi Penjagaan Asia-Pasifik, yang diadakan di Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh AVPN, UN Women dan Kiddocare Malaysia.

Acara itu adalah langkah pertama kepada Persidangan Penyampaian Wanita dan sebagai sokongan untuk Perikatan Global untuk Penjagaan.

Sesi pertama memberi tumpuan kepada penglibatan pihak berkepentingan, di mana para peserta meneroka secara mendalam penciptaan Ekosistem Penjagaan Berdaya Tahan di Malaysia.

Sekitar majlis yang berlangsung pada 23 Jun lalu.

Penyumbang daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil terlibat dalam perbincangan komprehensif untuk merangka cadangan dasar dan strategi yang boleh menggerakkan pihak berkepentingan di semua peringkat.

Matlamatnya adalah untuk menyokong model ekonomi penjagaan yang teguh di Malaysia sambil turut meneroka langkah seterusnya yang boleh diambil tindakan oleh kedua-dua sektor swasta dan awam.

Semasa sesi kedua, tumpuan beralih ke arah menangani cabaran sistemik, khususnya keperluan untuk mengubah norma sosial dan tingkah laku sekitar penjagaan untuk meningkatkan penyertaan dan pemerkasaan ekonomi wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain