suria

Usah tuding jari salahkan isteri jika belum dapat anak... Encik suami pun boleh jadi punca, mungkin sperma tak berkualiti

Terdapat banyak punca menyebabkan berlakunya masalah air mani menjadi kurang berkualiti.

CERITA tentang pasangan yang sudah lama berkahwin namun diuji dengan kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata sering dipaparkan di media sosial.

Jika sebelum ini kaum hawa sering 'dipetik' kononnya menjadi punca utama kegagalan untuk menimang anak, kini persepsi itu sudah mula berubah.

Menerusi pelbagai inovasi dan teknologi dalam bidang perubatan, masalah juga dikesan daripada si suami sekiranya kualiti dan kuantiti sperma mereka menurun.

Justeru kaum adam perlu peka tentang punca kualiti air mani terjejas seperti yang dikongsikan seorang doktor perubatan dan pengasas kepada syarikat berkaitan pemakanan kesihatan, Dr Raihana Ismail.

Lima perkara boleh menyebabkan kuantiti dan kualiti air mani lelaki menjadi rendah dan tidak baik:

1. Demam panas

Sewaktu suhu badan meningkat, banyak sperma mati pada bulan tersebut

Kilang telur (testis) lelaki mengambil masa dua bulan (64 atau 65 hari) untuk menghasilkan sperma baharu.

2. Berbasikal

Duduk dalam jangka masa lama atas seat (tempat duduk) basikal boleh menjejaskan kualiti air mani.

Ia berlaku apabila peranium (kawasan berbentuk berlian di antara vagina atau faraj dan dubur) ditekan menyebabkan saraf pudendal tersumbat.

3. Objek panas

Meletakkan benda panas seperti laptop di atas paha berhampiran kawasan testis boleh mengurangkan kesuburan lelaki.

4. Telefon bimbit dalam poket

Meletakkan telefon bimbit sama ada di poket sisi tepi atau belakang boleh menyebabkan kualiti air mani berkurang.

5. Seluar ketat

Pemakaian seluar yang ketat menyebabkan testis tidak dapat ‘bernafas’ menyebabkan aliran darah di kawasan tersebut tidak lancar.

Oksigen tidak dapat sampai ke kawasan testis menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan sperma baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain