suria

Tengok hidung dah boleh agak saiz zakar... Penyelidik Jepun buat kesimpulan lepas ukur 126 kemaluan mayat lelaki

Kajian menunjukkan saiz zakar lelaki boleh diketahui berdasarkan hidung seseorang. -Gambar hiasan Freepik

SEBELUM ini, orang ramai sering mengaitkan ukuran saiz alat kelamin atau zakar dengan bahagian badan tertentu.

Sebagai contoh, ada yang beranggapan ibu jari kaki sebagai cerminan saiz zakar seseorang.

Bagaimanapun menerusi satu kajian terbaharu, penyelidik Jepun mendapati bahawa lelaki yang mempunyai hidung kembang cenderung memiliki saiz zakar besar.

"Ini adalah kajian yang pertama menunjukkan hubungan antara panjang zakar dan saiz hidung," tulis penyelidik dari Universiti Perubatan Wilayah Kyoto.

Untuk menentukan kaitannya, saintis memeriksa mayat 126 lelaki pertengahan umur yang baru meninggal dunia.

Dimensi hidung lelaki dikatakan boleh menentukan ukuran saiz zakar. - Gambar hiasan Shutterstock

Mereka mengukur segala-galanya daripada ketinggian dan berat badan hingga lilit dan panjang setiap anggota tubuh mayat yang lembik.

Bagi kajian yang diterbitkan dalam Basic and Clinical Andrology, para ilmuwan mengambil kira pengukuran alat pembiakan lelaki ketika ereksi dengan meletakkan alat pengukur setinggi mungkin.

Pengkaji kemudian membandingkan hasilnya dengan panjang hidung.

Mereka menemukan lelaki dengan hidung 2.2 inci atau 5.58 sentimeter (cm) memiliki penis yang lebih besar iaitu 5.3 inci (13.46cm).

Sementara itu, mayat dengan batang hidung lebih kecil dari 1.8 inci (4.57cm) memiliki penis dengan ukuran panjang hingga 4.1 inci (10.41cm).

Pelbagai kajian dibuat untuk menyamakan saiz anggota badan dengan kemaluan lelaki. -Gambar hiasan Freepik

Walaupun penyelidik menggunakan hubungan antara dimensi hidung dan zakar, ukuran tersebut masih tidak jelas, tegas mereka.

Hakikat bahawa percubaan itu terhad kepada lelaki Jepun yang telah meninggal dunia.

Jelas mereka lagi, ia mungkin memerlukan lebih banyak kajian tentang hubungan kedua-dua anggota badan itu.

Mengukur hidung seseorang bukan satu-satunya cara untuk menentukan saiz atau panjang zakar lelaki. - SUARA.COM

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain