suria

3 hidangan yang patut dijauhi penghidap gout, banyakkan ambil 7 makanan sumber alam ini

Daging merah antara makanan yang tinggi dengan purine.

GOUT menjadi antara penyakit yang paling ditakuti terutama bagi mereka yang sudah lanjut usia.

Penyakit ini disebabkan asid urik berlebihan di dalam badan.

Sebagaimana dinyatakan dalam portal doctoroncall, gout akan menyerang bahagian sendi-sendi badan.

Kebiasaannya makanan laut menjadi antara makanan yang paling dielak oleh pesakit gout.

Makanan laut menjadi antara makanan yang dielak oleh pesakit gout. -Gambar hiasan

Menurut Dr Suri Roowi menerusi laman Facebooknya, selain makanan laut, terdapat beberapa jenis makanan lain yang anda perlu elak dan kurangkan.

Jelas Dr Suri, kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan organ dalaman seperti hati ayam (12 mg/100g), bilis (1108 mg/100g) dan supplement spirulina (269 mg/100g) adalah antara yang tinggi kandungan yang dipanggil purine.

Bagi penghidap penyakit ini, purine boleh menyebabkan gout jika diambil berlebihan.

Daging merah tinggi dengan kandungan purine.

Katanya lagi, purine juga banyak dalam organ dalaman lain seperti daging merah berbanding daging putih.

Sebab itulah sebaiknya daging merah dibasuh bersih sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan purine.

Kurangkan pengambilan sup daging kerana purine juga banyak terdapat dalam kuah.

Selain itu, kurangkan pengambilan sayur asparagus, bayam dan kobis bunga.

Penyakit gout biasa dialami oleh orang yang lebih berumur.

Elakkan daripada mengambil madu tiruan dan produk makanan atau minuman yang menggunakan high fructose corn syrup (HFCS).

Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura juga mendapati bahawa mereka yang mengambil soya lebih rendah risiko menghidap gout.

Terdapat sumber alam yang dikongsikan oleh Dr Suri yang bagus untuk mengurangkan masalah gout, seperti:

1. Peria

2. Bunga krisantemum

3. Kulit kayu manis

4. Cekur

5. Mengkudu hutan

6. Daun betik

7. Empulur (bahagian tengah) nanas

Kurangkan pengambilan sup daging kerana purine juga banyak terdapat dalam kuah.

Senarai makanan ini patut dijadikan panduan agar boleh mengawal terjadinya penyakit gout.

Memandangkan kita bakal menyambut Hari Raya Korban tidak lama lagi, pengambilan daging perlulah dalam kuantiti sederhana.

Semoga perkongsiannya ini bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain