“SEKAT rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!” Begitulah yang cuba disampaikan Mohd Fhais Salim dalam hantarannya yang dibuat menerusi halaman Facebook. Menurutnya, tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa membelikan mainan kepada anak-anak adalah satu pembaziran ternyata salah. Memanjakan anak-anak dengan memenuhi kehendak mereka juga bukanlah satu tindakan yang tidak baik. “Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak. Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. “Apa dia nak kita beli. Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak dimanjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia. Menghalang anak daripada membeli mainan ibarat menyekat rezeki mereka. -Gambar hiasan “Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja,” katanya. Jelas Fhais juga, walaupun ibu bapa keluar mencari duit untuk menyara keluarga tetapi rezeki diperoleh akan menambah lagi keberkatan apabila anak dijaga dengan baik. Bukan itu sahaja, harta yang dimiliki sekarang juga berkemungkinan hasil ‘menumpang’ rezeki menjaga anak-anak. “Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa ditagih. Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih dikasihi. “Memanglah yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak. Antara mainan yang menjadi kegemaran anak-anak. “Memanglah yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak. Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya tidak “menyekat’ rezeki anak-anak dengan mengatakan mereka mengada-ngada, membazir atau mainan tidak penting. “Makanya usahlah kita berkira-kira dengan anak. Usahlah kita bakhil sangat fikirannya. Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja. “Sekiranya mampu kita beli, kalau tidak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat. Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak,” ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube