suria

Sesi di ranjang hambar, suami asyik pancut awal... Wanita kongsi petua kuatkan ‘senjata’ lelaki, boleh amalkan 3 kali seminggu

Wanita ini berkongsi petua mudah untuk diamalkan suami supaya hubungan seks tahan lebih lama.

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mahukan hubungan seksual yang tahan lebih lama dan memuaskan.

Namun, masalah sering terjadi pada pasangan terutamanya golongan lelaki yang berdepan situasi pancut awal.

Maka adalah penting untuk golongan lelaki lebih bersedia supaya hubungan seksual tahan lebih lama dan tidak lagi mengecewakan pasangan.

Terdapat satu petua dikongsikan Zuriaty di TikTok untuk lelaki supaya tempoh berasmaradana tahan lebih lama serta berkualiti.

Lengkuas direndam dalam air panas sebelum diminum.

Bahan-bahan

1. Tiga hirisan lengkuas

2. Satu sudu madu lebah asli

3. 300 ml (mililiter) air

Cara-caranya

1. Rendam lengkuas yang dibasuh bersih ke dalam air panas selama lima minit.

2. Tapis lengkuas yang direndam bagi mendapatkan air rendaman sahaja ke dalam cawan.

3. Masukkan sedikit madu ke dalam air rendaman lengkuas sebelum diminum dalam keadaan masih suam oleh suami.

Lengkuas mempunyai khasiat baik untuk lelaki.

Menurut pengguna Facebook itu, air yang dibuat mengikut petua ini boleh diamalkan sebanyak tiga kali seminggu.

Malah katanya, petua dikongsikan ini boleh membuatkan para isteri tersenyum girang kerana suami berupaya untuk beraksi lebih baik berbanding sebelumnya.

Sebagaimana kita ketahui, lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galanga hanya digunakan untuk menambah rasa atau sebagai rempah dalam masakan.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya lengkuas juga kaya dengan khasiat untuk kesihatan lelaki bagi meningkatkan kesuburan, melawan keradangan serta mencegah kanser.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain