suria

Rasa berdebar-debar setiap kali kawan tanya nak makan di mana? Rupanya anda ada masalah ‘food anxiety’, semak sebelum terlambat

Food anxiety boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

"NAK makan mana?"

Soalan ini merupakan pertanyaan paling susah untuk dijawab menjelang waktu untuk menjamu selera.

Biasanya apabila saat soalan ini diajukan, sel otak seolah-olah berhenti berhubung dan lidah jadi kelu untuk menjawab.

Hal ini disebabkan terlalu banyak perkara perlu dipertimbangkan sewaktu ingin makan di luar.

Individu yang mempunyai food anxiety sering berhadapan kesukaran untuk memilih makanan.

Menurut seorang Dr Ahmad Samhan, anda berkemungkinan mempunyai tanda-tanda food anxiety.

Masalah ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan merupakan satu gangguan mental yang disebut sebagai kebimbangan berkaitan makanan.

Semak lapan perkara ini untuk ketahui sekiranya anda tergolong dalam golongan mempunyai ciri-ciri tersebut.

1. Menyekat diri daripada makan makanan atau jenis makanan tertentu secara dramatik

2. Hanya makan makanan dengan tekstur yang tertentu sahaja

3. Kurang selera atau minat dengan makanan

4. Berasa risau atau bimbang yang melampau berkenaan risiko tercekik

5. Risau akan mengalami reaksi alahan apabila makan sesuatu jenis makanan

6. Terlalu memilih makanan sehingga menjadi terlalu kronik

7. Obses dengan berat dan imej tubuh badan

8. Terlalu menyekat pemakanan kerana tidak pasti apa yang ingin dimakan

Dr Ahmad Samhan sering berkongsi ilmu di Twitter.

Malah, ada sesetengah daripada mereka yang menghadapi food anxiety ini akan mengalami tindak balas fisiologi apabila kerap memikirkan atau menentukan apa yang ingin dimakan.

Antara ialah degupan jantung dan bernafas dengan laju, menggeletar atau rasa tidak sedap pada perut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain