suria

Menggelupur tak boleh minum, rupanya kena penyakit anjing gila! Ketahui simptom, 6 langkah elak jangkitan

Kanak-kanak berusia enam tahun menggelupur akibat terkena jangkitan rabies.

RABIES atau penyakit anjing gila mempunyai kaitan dengan sistem saraf dijangkiti oleh virus Lyssavirus.

Ia merebak melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet termasuklah kucing.

Pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda selepas 20 hingga 60 hari selepas digigit haiwan berjangkit.

Seperti video tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kelihatan begitu terseksa menggelupur ketika cuba minum air kerana dahaga di sebuah hospital atau klinik.

Menurut pelayar di Twitter, Heraloebss, kanak-kanak tersebut mengalami gejala hidrofobia (fobia terhadap air) akibat terkena gigitan haiwan yang terkena rabies.

Rabies mempengaruhi bahagian otak yang mengawal percakapan, proses menelan dan bernafas.

Pengaruh virus ini dapat mengubah proses menghasilan air liur dan mengakibatkan kekejangan otot membuatkan individu sukar menelan.

Disebabkan virus rabis berkembang biak dalam saliva (air liur) membuatkan mangsa menghasilkan lebih banyak air liur.

Infografik dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), orang awam dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur

2. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah terkena gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar

3. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar

4. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat

5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal

6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Masa inkubasi rabies adalah tiga minggu hingga dua bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma.

Rabies adalah satu penyakit yang menyebabkan kematian 100 peratus jika tanda-tanda penyakit telah timbul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain