AWAS jika anda sering mengangkat kepala atau mengerutkan dahi ketika ingin melihat, kemungkinan besar terdapat masalah pada kelopak mata. Doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan kecil dilakukan bagi mengatasi masalah ini Kelopak mata terturun (kendur) sehingga menutupi bebola mata kebiasaannya berkait rapat dengan faktor usia. Berkongsi masalah yang sering terjadi kepada golongan berusia, seorang pengamal perubatan di sebuah klinik swasta, Dr Muhamad Hazwan Nazri berkata, ia berlaku disebabkan kulit wajah sudah hilang elastisiti. Kaedah pembedahan kecil yang dilakukan. -Gambar hiasan "Ia boleh dihilangkan dengan pembedahan kecil dikenali sebagai blepharoplasty atau pembedahan kelopak mata berganda," ujarnya. Kaedah blepharoplasty ini akan membuatkan kelopak mata anda menjadi tegang sekali gus mengurangkan kedutan pada bahagian tersebut. Individu yang mengalaminya berkemungkinan terjejas penglihatan selepas kulit lebihan itu menutup bebola mata. "Pembedahan ini akan membuang lebihan-lebihan kulit yang kedut dan menegangkan kembali supaya pandangan pesakit lebih jelas. "Ada sesetengah orang terpaksa buat sebab menutup penglihatan mata. ada juga yang membuatnya dengan alasan kosmetik," tambahnya. Menjelas lebih lanjut, dia yang lebih dikenali sebagai Dr Wan Share di media sosial menyatakan prosedur yang dilakukan itu tidak melibatkan saraf optik dalam mata seperti dakwaan sesetengah pihak. Ini fakta pembedahan blepharoplasty: 1. Dilakukan untuk membuang lebihan kulit di kelopak mata 2. Tujuan pembedahan untuk perawatan jika menghalang pandangan atau kosmetik bagi sesetengah pesakit 3. Tiada kaitan dengan kerosakan saraf optik mata Terdahulu, beliau mengulas tentang penampilan terkini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru sahaja membuat pembedahan kecil pada mata. Perbezaan wajahnya itu menyebabkan ramai membuat pelbagai andaian tentang pembedahan yang dilakukannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube