MENGEJEK individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris seolah-olah menjadi budaya rakyat Malaysia. Sebagaimana video tular baru-baru ini, yang menunjukkan sekumpulan wanita 'mengejek' bekas teman lelaki salah seorang daripada mereka kerana tidak menggunakan tatabahasa yang betul dalam mesej yang dihantar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Situasi sama turut dilalui oleh seorang wanita dari Rawang, Selangor. Merupakan pemanggil Suria FM, dia yang dikenali sebagai Madam Nik mendedahkan pernah mengalami situasi tersebut semasa zaman persekolahan. Bagaimanapun, dia kini berjaya menjadi seorang pendidik yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hantar mesej buat ex-GF, 4 sekawan ‘terpaling pandai English’ ketawa berdekah sebab grammar berterabur... Geli lelaki bodoh ARTIKEL BERKAITAN: Ramai-ramai ejek, gelakkan grammar ex-BF... Wanita pertahan tindakan rakan - “Dia dah beribu kali tipu, curang” “Saya lalui semua itu. Semasa zaman sekolah, di kampung... apabila cikgu datang dan nak sebut ‘hello sir, good morning’ pun dah kata berlagak. “Tapi saya sangat bertuah kerana zaman tu, ibu ayah saya ada satu kedai makan di tepi pantai di Terengganu dan menjadi tumpuan pelancong. “Jadi bagaimana sekali pun, saya kena cakap bahasa Inggeris dengan pelanggan dan dari situlah saya belajar,” ujarnya berkongsi pengalaman. Pendedahan dibuat menerusi panggilan video di Suria FM. Tambahnya, kerjaya sebagai pendidik bermula selepas ibu dan bapanya meminta supaya dia menjadi seorang guru. “Kemudian sampai satu tahap, ibu ayah suruh saya jadi cikgu tapi saya tak mahu. Rupanya, mereka isikan borang dan pilihan adalah bahasa Inggeris. “Saya struggle untuk belajar bahasa Inggeris pada masa tu... jadi kena buang budaya mengherdik, mengejek kawan bercakap bahasa Inggeris,” jelasnya lagi. Madam Nik juga berkongsi beberapa tip bagi membantu murid yang ingin menguasai bahasa utama dunia itu. 1. Tidak mengapa sekiranya sebutan atau tatabahasa salah. 2. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah sentiasa bertutur dalam bahasa Inggeris. 3. Seseorang itu mesti ada keyakinan diri untuk bertutur dan buang rasa takut diejek. 4. Berhenti budaya mengejek kawan-kawan yang tidak fasih. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube