suria

Sotong kembang kenyal tak semestinya segar, mungkin awet guna boraks! Ini 5 perkara anda patut tahu tentang bahan kimia ini

Sotong kembang dikatakan diawet menggunakan boraks.

TAK lengkap sekiranya nasi lemak tidak ditambah dengan sambal sotong.

Rasa kenyal sotong memang menyelerakan, boleh membuatkan nasi ditambah berkali-kali.

Bagi peminat sotong kembang, anda perlu berwaspada kerana ada pihak mennggunakan bahan berbahaya kepada kesihatan untuk memastikan isi dan tekstur sotong nampak segar.

Dikatakan, sotong kembang ini kebiasaannya direndam dalam air boraks atau nama saintifiknya 'borax'.

Seperti perkongsian Wawa Idris, boraks merupakan pencuci yang digunakan dalam produk kegunaan harian di rumah.

Wawa Idris berkongsikan tentang bahaya sotong kembang yang sering dijadikan sambal nasi lemak.

Wawa Idris berkongsi tentang bahaya sotong kembang yang direndam dalam air boraks.

Ini lima perkara yang anda perlu tahu tentang serbuk berwarna putih yang terdiri daripada kristal-kristal tak berwarna dan mudah larut dalam air dan kesan penggunaannya yang berterusan.

1. Digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca, gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga mahupun kulat.

2. Merupakan antara bahan yang terdapat dalam racun serangga dan cecair pencuci pakaian.

3. Sekiranya digunakan dalam industri makanan, ia akan memberi kesan kekenyalan pada tekstur produk.

4. Sering digunakan sebagai pengawet makanan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain.

5. Boraks tidak dibenarkan dalam makanan kerana akan mengakibatkan gangguan saraf, ketidaksuburan, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.

Bahan kimia ini juga turut dikenali sebagai natrium tetraborat dan sodium tetraborat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain