TERLALU sibuk bekerja membuatkan badan berasa lesu dan tidak bermaya. Manakan tidak, waktu makan tidak dapat dijaga dengan baik selain menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Jika anda mengalami masalah seperti ini, bolehlah cuba minuman bertenaga ini. Bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan muda, warga emas juga dapat boleh kembalikan tenaga yang semakin berkurangan. bBahan asas daripada lobak merah dan pisang yang dicampur susu memberi manfaat kepada tubuh. -Gambar Recipes Learn Bahan-bahan: 2 batang lobak merah 2 biji pisang 2 cawan susu 2 cawan air Cara penyediaan: 1. Kisar lobak merah sehingga halus bersama 2 cawan air. 2. Tapis dan ambil airnya sahaja. 3. Kemudian kisar jus lobak merah tadi bersama pisang yang dipotong kecil. 4. Masukkan dua cawan susu dan kisar sekali lagi sehingga sebati. 5. Selepas siap, hidangkan bersama ais dan nikmatinya! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube