suria

Perawat dedah cara sihir berfungsi! Kongsi bacaan ringkas pagar diri, sekeluarga boleh amal - “Sukma mangsa akan dikurung”

Pengamal perubatan Islam ini menjelaskan tentang konsep sihir.

KECOH di media sosial baru-baru ini mengenai penemuan barangan sihir di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan yang dipercayai ditujukan kepada seorang lelaki.

Di dalam bekas yang dililit benang hitam itu, dilihat terkandung sekeping gambar mangsa dengan sehelai kertas yang tertera tulisan aneh berwarna merah.

Kejadian ini ternyata membuatkan ramai bimbang kerana perbuatan sihir menyihir masih berleluasa pada zaman serba canggih ini sehingga boleh menghancurkan kehidupan seseorang.

Bekas hitam mencurigakan ditemukan di pantai Port Dickson.

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh Pusat Rawatan Al Idrus, seorang pengamal perubatan Islam menjelaskan bagaimana sihir itu berfungsi dan cara untuk 'memagar' diri daripada ancamannya.

"Bekas yang dibalut kain hitam tu kita panggil sebagai buhulan sihir, iaitu ibu sihir atau enjinnya. Jika kita tengok pula pada ayat tulisan merah tu, ia adalah ayat untuk melemahkan mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa botol kaca dibalut kain hitam tepi pantai, ada gambar lelaki... Ramai syak benda syirik! Akhirnya keluarga tuan badan muncul

"Gambar mangsa dan kertas tulisan merah tu diletakkan sekali di dalam botol untuk dibiarkan terapung di lautan. Dengan cara ini, sukma atau semangat mangsa akan dikurung atau dikunci.

"Mangsa kemungkinan akan mula mengalami mimpi seperti dirinya dikafankan, diikat, dipatuk ular atau berada di lautan.

"Kepada mangsa dan juga mereka yang senasib dengan mangsa, boleh buat amalan ini untuk selamatkan diri dari sihir tersebut," jelas pengamal perubatan Islam itu.

Bekas hitam yang didakwa terkandung bahan sihir.

Berikut adalah antara amalan yang dicadangkan perawat tersebut.

Amalan berkenaan disyorkan untuk dilakukan setiap kali sebelum tidur malam.

1. Baca doa yang seperti tertera dalam gambar di bawah

Bacaan doa pendek untuk mematahkan sihir.

2. Baca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali.

Bacaan Bismillahirrahmanirrahim.

3. Baca surah 3 Qul yang terdiri daripada surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.

Surah 3 Qul.

Selesai ketiga-tiga amalan itu, anda boleh tidur seperti biasa dan InsyaAllah akan dihindari daripada sebarang gangguan sihir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain