MEMANG nikmat apabila mengorek telinga yang gatal menggunakan putik kapas. Namun begitu, seseorang itu haruslah berhati-hati kerana amalan ini boleh menyebabkan kerosakan pada anggota pendengaran tersebut. Demikian pendedahan seorang doktor perubatan di Poliklinik Ken Rimba, Dr Yaacub Ibrahim yang menjelaskan mengapa amalan memasukkan putik kapas ke dalam telinga tidak digalakkan. Proses mencuci telinga dijalankan oleh doktor perubatan. "Sebenarnya kita tak perlu korek tahi telinga atau dalam istilah saintifik kita panggil cerumen, sebab badan kita akan keluarkan sendiri tahi telinga tu, sudah tersedia kaedah cucian semula jadi. "Jadi apabila kita gunakan contton bud (putik kapas), apa yang terjadi adalah tahi telinga tu akan ditolak lebih jauh ke dalam menghampiri gegendang. Tahi telinga ni dihasilkan oleh satu kelenjar pada bahagian luar telinga. "Telinga ni ada tiga bahagian. Pada bahagian pertama telinga sahaja yang akan terbentuknya tahi telinga ni, ia adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan untuk melawan benda asing seperti habuk dan bakteria. ARTIKEL BERKAITAN: Alahai anak! Si kecil sumbat pemadam dalam telinga kanan, ibu urut dada doktor kata telinga kiri pun ‘dia masukkan benda’ "Apabila wujud tahi telinga pada bahagian lain di dalam telinga, itu yang jadi masalah kerana saluran pendengaran anda boleh tersumbat," ujar Dr Yaacub ketika dihubungi mStar. Tambah Dr Yaacub lagi, berdasarkan perbincangannya bersama pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), penggunaan putik kapas wajar 'diharamkan' kerana ia membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Jika anda mempunyai simptom seperti pendengaran kurang jelas, rasa sakit telinga dan rasa ketidakeselesaan, mungkin itu adalah petanda untuk anda membuat rawatan 'ear irrigation'. Ear irrigation ni tak ada apa yang perlu ditakutkan, ia akan melegakan masalah telinga. DR YAACUB IBRAHIM "Ear irrigation atau flushing ni adalah cara untuk kita tolong cuci telinga dari cerumen yang dah tertolak jauh ke dalam sehingga menjadi keras. Ini biasanya jalan terakhir kalau ikhtiar lain tak menjadi. "Kita akan cuba dulu bagi ubat untuk dititikkan ke dalam telinga dan cairkan tahi telinga, boleh digunakan selama dua hingga tiga hari. Kalau tak nampak keberkesanannya, kita akan cadangkan ear irrigation. "Apa-apa pun boleh dapatkan dulu nasihat doktor dari klinik berdekatan anda, kebanyakan doktor bertauliah mampu untuk buat prosedur ear irrigation ini," kata Dr Yaacub. Pemeriksaan telinga pesakit oleh Dr Yaacub. Menceritakan bagaimana proses 'ear irrigation' dijalankan, Dr Yaacub berkata air akan dimasukkan ke dalam telinga untuk mengeluarkan 'cerumen' yang terperangkap. "Sebelum mula proses ear irrigation ni, kita akan titiskan ubat untuk cairkan dulu tahi telinga tu supaya mudah nak keluar. Kemudian baru kita semburkan air ke dalam telinga "Ear irrigation ni tak ada apa yang perlu ditakutkan, ia akan melegakan masalah telinga, pesakit cuma mungkin akan rasa tak selesa sebab air bertakung, ibarat macam lepas kita mandi kolam. "Selain tu pesakit mungkin rasa pedih apabila tahi telinga yang keras tu tertanggal dari isi dekat dalam. Ketiganya pesakit akan rasa pening sedikit sebab ada perubahan tekanan dalam telinga apabila air dimasukkan," jelas Dr Yaacub. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube