suria

Rupanya ada cara elak pisang cepat masak dan lembik... Guna plastik je!

Teknik untuk mengekalkan kesegaran pisang yang tidak diketahui ramai.

PISANG adalah buah pilihan ramai kerana rasa manisnya yang unik dan kaya dengan khasiat magnesium serta zat besi.

Namun begitu, pisang yang dibeli dan dibawa pulang ke rumah kebiasaannya tidak akan bertahan lama kerana dalam masa tiga hingga lima hari selepas dipetik ia akan mula merosak.

Tanda-tanda pisang itu sudah tidak lagi untuk sesuai untuk dimakan antaranya adalah kulit luarnya menghitam dan isi dalamnya menjadi pucat selain melembik.

Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk anda melambatkan proses pengecutan buah pisang dengan hanya menggunakan sehelai beg plastik.

Cara untuk mengikat tangkai pisang dengan menggunakan beg plastik.

Sangat mudah caranya, anda hanya perlu melitupi tangkai pisang itu menggunakan beg plastik tersebut dan mengikatnya sehingga keseluruhan pangkal pisang itu ditutup kedap.

Itu sahaja dan anda sudah selesai, buah pisang anda kini boleh bertahan sehingga seminggu atau lebih.

Pasti anda tertanya-tanya, apakah penjelasan di sebalik teknik ini?

Pisang masih kekal segar walaupun selepas seminggu.

Fakta yang tidak diketahui ramai, pisang apabila sudah masak ranum, ia akan mula mengeluarkan gas ethylene dari tangkainya yang akan merebak ke bahagian lain termasuk isi dan kulitnya.

Gas ethylene ini akan mempercepatkan proses buah pisang untuk membusuk, maka tujuan beg plastik itu adalah untuk memerangkap gas ethylene tersebut supaya pisang akan kekal segar.

Tip seterusnya yang mungkin juga berguna adalah untuk meletakkan buah-buahan lain yang masih mengkal berhampiran dengan pisang yang sudah ranum.

Gas ethylene dari pisang itu akan membantu buah-buahan tersebut untuk lebih cepat masak. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube