KAD kredit merupakan kaedah pembayaran yang membolehkan pengguna memperoleh barangan dan perkhidmatan secara pinjaman kredit. Selepas jangka masa yang ditetapkan, pengguna perlu membayar semula kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman tersebut. Jika gagal berbuat demikian, pengguna akan dikenakan penalti. Seseorang itu harus bijak berbelanja apabila menggunakan kad kredit. -Gambar hiasan The Star Namun begitu, pernahkah anda terdetik jika seseorang itu mempunyai kad kredit dan tidak menggunakannya langsung, adakah mereka masih boleh dikenakan caj? Melalui satu perkongsian di TikTok, penasihat kewangan yang senang dikenali sebagai Financial Faiz, mengatakan ada dua bayaran yang perlu dilunaskan pengguna walaupun kad kredit mereka tidak digunakan. Ayuh kita ambil perhatian. Kad kredit hadir dengan terma dan syarat yang tertentu. -Gambar hiasan The Star 1. Yuran tahunan (annual fee) Bayaran ini khusus ke atas kad kredit yang sudah diaktifkan tetapi tidak digunakan untuk jangka masa yang lama. "Annual fee tidak akan dikenakan kalau kredit tu ada digunakan secara berkala. "Tapi kalau dalam setahun tu anda tak gunakan langsung kad kredit tu, annual fee akan dicaj. Sebab apa? "Sebab biasanya bank akan tetapkan setiap kad kredit perlu ada swipe (digunakan) sebanyak sekian-sekian dalam masa setahun. "Sebagai contoh, mungkin minimum 12 swipe setahun. Pokok pangkalnya bank nak kita guna kad kredit tu, kalau tak, rugilah mereka nak maintain kita punya akaun apabila tak ada aktiviti," jelas Faiz. Cukai digunakan untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran negara. -Gambar hiasan The Star 2. Cukai kepada kerajaan Cukai berjumlah RM25 untuk setahun perlu dibayar kepada kerajaan menerusi kad kredit anda, walaupun mungkin berjumlah kecil tetapi jangan terlepas pandang, besar akibatnya. "Bank akan kenakan cukai kepada akaun kita, jadi kita kena bayar. Kalau kita terlupa nak bayar, bank akan call kita. "Kemudian rekod Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) kita akan jadi buruk sebab kita lambat bayar. Jadi berhati-hati ya," ujar Faiz. Sebagai makluman, CCRIS adalah pangkalan data yang menyimpan semua rekod permohonan dan menunjukkan gambaran penuh kewangan anda. Menitipkan pesanan akhir, Faiz mengatakan tidak salah untuk memiliki kad kredit jika bertujuan untuk membeli keperluan asas seperti barangan dapur, membayar bil utiliti atau insurans. - Financial Faiz Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube