suria

StarCarSifu Auto Show 2023 persembahkan Ford yang lebih mantap dan diperbaharui

Jelajah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Next-Gen diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

BERITA baik untuk peminat jenama kenderaan Ford, ada kejutan yang sedang menanti anda!

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, meneruskan jelajah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Next-Gen di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Dianjurkan seiring dengan pameran StarCarSifu Auto Show 2023 yang berlangsung bermula 9 hingga 13 Ogos, pengunjung boleh merasai sendiri kuasa kenderaan Ford varian diesel yang berprestasi tinggi.

Paparan skrin sentuh memberikan rasa kelas premium.

Selain itu, t-shirt versi Diesel Raptor 2.0L yang direka khas oleh Baja 1000 akan diberikan kepada mereka yang menempah Ranger Raptor di pameran StarCarSifu Auto Show.

Ia akan diberikan kepada pelanggan apabila kereta sudah sedia untuk diberikan kunci.

Seterusnya pelanggan juga akan mendapat ganjaran tambahan berupa diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways (boleh ditebus melalui kod promo semasa penerimaan kenderaan).

Kakitangan Concierge Ford juga sentiasa bersedia untuk membantu dengan sebarang pertanyaan.

Pengunjung pameran StarCarSifu Auto Show 2023 boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kenderaan Ford, selain melihat tawaran Ford Ranger Getaways, menjamu mata dan membeli barangan gaya hidup Ford yang eksklusif.

Manakala bagi pemilik kenderaan Ford Next-Gen termasuk pemilik Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen, anda juga boleh menggunakan kod kad Inner Circle untuk menikmati diskaun 30 peratus bagi satu perjalanan bersama Ford Ranger Getaways.

Sistem suspensi FOX boleh mengendalikan tahap tekanan yang tinggi.

Jika mahukan maklumat lanjut tentang Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Mext-Gen, ayuh bersembang lanjut di WhatsApp dengan pakar Ford Ranger.

Peminat juga boleh mengikuti perkembangan terkini tentang keluaran Ranger terbaharu, SDAC dan Ford di saluran Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Ford Malaysia.

Bermula daripada harga RM248,888 (tanpa insurans dan cukai jalan), Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen didatangkan dengan waranti lima tahun atau jarak tempuh (mileage) 160,000km (mana-mana dahulu) dan pakej waranti lanjutan PremiumCare selama tujuh tahun sebagai pilihan tambahan.

Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Next-Gen didatangkan dengan Skim Raptor yang meliputi bumper hadapan dan belakang, gril hadapan Ford Block diapit dengan lampu hadapan LED Matrix C-Clamp.

Manakala lampu LED juga tersedia untuk lampu kabus hadapan dan belakang serta lampu gabungan belakang.

Enjin dwi-turbodiesel 2.0 liter menghasilkan 210PS pada 3,750RPM dan tork 500Nm dari 1,750 hingga 2,000RPM.

Kuasa diuruskan oleh transmisi automatik 10-Kelajuan dengan SelectShift dengan penukar dayung dan sistem shift-on-the-fly (ESOF) elektronik untuk sistem 4WD (4A/2H/4H/4L).

Enjin dwi-turbodiesel 2.0 liter menghasilkan kuasa kuda 210 (PS) dan tork 500Nm.

Suspensi menggunakan 'double-wishbone' hadapan dengan penyerap hentak pintasan dalaman FOX 2.5 inci dan spring gegelung belakang dengan Watts Linkage.

Sementara itu, trak pikap berprestasi ini juga didatangkan dengan pembesar suara Bang & Olufsen yang dikawal oleh skrin sentuh potret berukuran 12 inci dengan Apple CarPlay wireless, Android Auto, sambungan Bluetooth dan pengecaman suara.

Terdapat juga empat port USB di dalam kabin, Type-C dan Type-A untuk penumpang hadapan serta Type-C dan Type-A untuk penumpang belakang.

Untuk ciri keselamatan, terdapat tujuh beg udara, sistem brek anti-kunci, pengagihan daya brek elektronik, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan brek, kawalan turun bukit, bantuan pelancaran bukit, pengurangan pusing ganti, kawalan beban adaptif bahagian hadapan dan sensor parkir belakang.

Keselamatan dipertingkatkan lagi dengan brek kecemasan autonomi (AEB) melalui pengesanan pejalan kaki, amaran perlanggaran ke hadapan, sistem override brek, amaran dan bantuan keluar lorong, sistem pengesan titik buta, bantuan amaran lampu tinggi, amaran lalu lintas belakang, pengehad kelajuan manual, tekanan tayar. sistem pemantauan dan sistem kamera 360 darjah. - Star CarSifu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain