suria

Ramai ingat minum air kosong boleh ‘bilas’ minuman manis dalam badan... Jangan percaya teori merepek!

Ramai dalam kalangan kita beranggapan air kosong dapat 'membilas' minuman manis yang diambil sebelumnya. -Gambar hiasan

"BOS, kopi ais satu... air kosong satu!"

Kebiasaannya ramai dalam kalangan kita akan membuat pesanan tambahan segelas air kosong atau air suam bersama-sama dengan minuman manis ketika menikmati makanan di luar.

Begitu juga situasinya apabila membeli minuman viral yang ditambah dengan pelbagai bahan dan perisa, ada dalam kalangan kita meneguk bergelas-gelas air kosong dengan harapan mahu 'membilas' semula minuman manis berkenaan.

Namun tahukah anda, 'teori' mengambil air kosong selepas meminum air manis sebenarnya tidak tepat sama sekali.

Hakikatnya, air kosong atau air suam yang diminum akan keluar daripada badan sebagai air kencing, manakala gula yang terkandung dalam minuman manis tadi kekal di dalam badan.

Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap 50mg gula masuk dan berada dalam tubuh kita.

doc 1

Dr Sherlina Hilmiy banyak berkongsi tip kesihatan di laman TikTok.

Menerusi perkongsian Dr Sherlina Hilmiy yang merupakan pemilik Klinik Dr Sherlina, beliau memberikan pencerahan yang lebih jelas mengenai 'teori' kononnya pengambilan banyak air kosong akan membantu mengurangkan risiko kencing manis.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan air putih je, penghidap diabetes boleh minum 4 minuman ini!

"Katakanlah satu hari, anda minum air manis contohnya tiga kali. Dan andaikan secawan air manis itu mengandungi 10 sudu gula. Maknanya, 30 sudu gula sehari anda ambil sehari... ini contoh ya.

"Kemudian, anda minum air kosong. 30 sudu gula itu sudah diminum, ia masuk dalam perut. Kalaupun minum air kosong tiga liter, gula tak boleh ditolak.

"Sebenarnya, apa sahaja yang masuk dalam mulut, akan diserap nutriennya. Jadi tak guna sebenarnya. Saya tengok ramai yang membuat kesilapan... dia rasa ambil air manis dan kemudian air kosong, dia tak ada masalah.

"Tapi tengok-tengok apabila datang check, paras gula 19 ada.. 25 pun ada. Ada pesakit tu kata dia minum air kosong banyak, air manis kurang... salah ya," ujarnya.

Jadi bagaimana mahu mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis?

air kosong 1

Pengambilan air kosong amat bagus untuk menggantikan minuman manis. -Gambar hiasan

Dr Sherlina menyarankan untuk mengawal pengambilan air manis, contohnya sekadar dua kali seminggu, bermakna pola pengambilannya lapan kali dalam sebulan.

Selain itu, terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan sebagaimana perkongsian portal Hellodoktor ini:

1) Menggantikan gula putih dengan stevia atau gula perang

2) Melakukan banyak aktiviti fizikal agar tubuh lebih aktif

3) Mengambil makanan yang kaya dengan sumber serat agar membantu perut berasa kenyang lebih lama

4) Mengambil sumber makanan bijirin penuh seperti roti wholemeal atau bijirin sarapan

5) Amalkan diet atau pemakanan yang rendah kandungan karbohidrat

6) Banyakkan mengambil sumber protein dan sayur-sayuran dalam pemakanan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain