suria

Lelaki ajar DIY penyiram pokok automatik, dah tak perlu risau tanaman kalau nak pergi bercuti

Lelaki ini menunjukkan cara untuk membuat sistem siraman pokok automatik.

HOBI bercucuk tanam memerlukan komitmen berterusan agar kebun atau tanaman anda dapat dijaga dengan rapi.

Namun begitu, katakan jika anda hendak pergi bercuti atau pulang ke kampung dalam tempoh yang lama, bagaimana pula dengan nasib tanaman anda?

Adakah anda akan hanya mengharapkan air hujan untuk menyiram kebun anda? Apa akan berlaku jika ketika itu adalah musim panas atau kemarau.

Jangan risau, melalui satu perkongsian di TikTok oleh Jason Jezi, dia menunjukkan cara untuk membuat sistem siraman pokok automatik.

Kini tanaman anda akan sentiasa terhidrat walaupun dengan ketiadaan anda di rumah.

1) Sediakan botol air mineral kecil, jika nak tinggal rumah untuk jangka masa yang lama boleh gunakan botol lebih besar.

2) Buat lubang pada bawah botol dan juga penutup botol.

3) Cucuk skru kecil pada lubang di penutup botol. Longgarkan sedikit skru ini supaya dapat mengalirkan air.

4) Ambil dua batang kayu penyepit (chop stick) atau lidi sate dan lilitkan dengan pita pelekat pada badan botol.

5) Isi air ke dalam botol, kemudian terbalikkan. Cucuk kayu ke dalam pasu tanaman. Anda akan dapati air mula menitis jatuh setitik demi setitik melalui skru daripada penutup botol.

6) Air siraman ini akan bertahan selama lebih kurang tiga hari. Jika nak lebih lama, boleh guna botol besar lagi.

Dah selesai, kini anda boleh pergi bercuti atau balik kampung dengan tenang tanpa perlu risaukan tanaman di rumah mati kekeringan.

Tanah di dalam pasu akan kekal lembap melalui sistem siraman air automatik ini. Selamat mencuba! - Jason Jezi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain