KERAP diuar-uarkan sejak kebelakangan ini tentang pelaburan emas yang dikatakan bakal menjadi trend ekonomi di masa depan Namun begitu, dalam keghairahan untuk melabur, ia haruslah dilakukan dengan cermat dan berilmu. Melalui satu perkongsian di TikTok, penasihat kewangan, Azizi Ali mendedahkan cara betul untuk melabur emas yang ramai terlepas pandang. Menurut Azizi Ali, tidak digalakkan untuk membeli emas pelaburan dari kedai emas perhiasan seperti gedung yang menjual rantai, cincin dan gelang. "Di kedai emas perhiasan juga ada dijual emas pelaburan seperti jongkong emas (gold bar), dan ada sesetengah daripada mereka yang berniat untuk melabur emas membeli di sini. Kedai emas perhiasan bukan tempat yang tepat untuk membeli emas pelaburan. -Gambar hiasan "Tapi saya nak terangkan, saya tak syorkan untuk beli emas pelaburan di kedai emas perhiasan, kenapa? "Sebab harga emas pelaburan di kedai emas perhiasan begini adalah tinggi. Maka apabila kita hendak jual balik nanti, potongannya juga tinggi. "Jadi besar kemungkinan kita akan menanggung kerugian," jelas Azizi Ali. Azizi Ali menyarankan orang ramai untuk membeli emas daripada syarikat yang berkhusus dalam emas pelaburan. "Jadi nak melabur dalam emas itu betul, melabur emas fizikal itu betul, melabur dalam emas pelaburan itu betul. "Tapi belinya daripada syarikat yang berkhusus dalam emas pelaburan," ujar Azizi Ali. - Azizi Ali Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube