suria

Siang malam asyik sedut teh ais ‘bersulam’ air berkarbonat! Lelaki ini menyesal amal gaya hidup tak sihat di usia muda

Lelaki ini menceritakan pengajaran yang diperolehnya selepas kakinya dipotong akibat kencing manis.

KELEBIHAN tubuh badan sihat mungkin dipandang remeh, namun jika nikmat itu ditarik, pasti sengsara hidup jadinya.

Begitulah kisahnya untuk seorang pesakit kencing manis ini yang terpaksa dipotong sebelah kakinya dan kini berkerusi roda.

Melalui perkongsian kisah di akaun TikTok @kedidi_kakipalsu, seorang individu dikenali sebagai Azlan, 55, mendedahkan satu fakta mengenai diabetes yang ramai terlepas pandang.

Azlan menceritakan tragedi yang menimpa hidupnya.

Lebih senang disapa Abang Lan, dia yang kini berstatus orang kelainan upaya (OKU) berkata gaya hidup pada masa kini akan menentukan nasib kita di kemudian hari.

Menurut Abang Lan, pemakanan yang tidak sihat boleh diibaratkan seperti hutang, jika bukan sekarang, mungkin pada usia lanjut kita akan 'membayar' galang gantinya.

Minuman teh ais menjadi punca.

Angkara teh tarik

Melihat kembali kepada awal usianya, Abang Lan mengakui dia sangat meminati minuman teh tarik.

"Zaman abang muda dulu, minum teh tarik boleh cakap pagi petang, siang malam. Teh tarik dan teh ais, itu je la minuman abang.

"Sampai dalam kereta teh ais ni memang sentiasa ada, kalau dah habis sedut, pergi beli tambah. Satu lagi, abang suka minum air tin, tu memang kegemaran abang.

"Masa abang umur 30-an steady je minum semua tu, tak jadi apa pun, sihat walafiat. Tapi apabila dah masuk umur 45 ke atas baru kesan dia datang," ujar Abang Lan.

Makan tidak mengikut waktu turut boleh menjadi penyumbang diabetes.

Jadual pemakanan

Selain makanan atau minuman manis, jadual pemakanan yang tidak menentu juga boleh menjadi punca diabetes.

"Bukan semestinya sebab kita makan manis saja, tapi tak jaga waktu makan juga boleh menjadi penyebab diabetes.

"Makan ikut sedap waktu kita je, contoh abang dulu, pukul 3 atau 4 pagi kawan call ajak lepak, abang pun pergi keluar pekena roti canai dengan teh tarik.

'Nanti apabila usia dah semakin meningkat, mula la jantung atau buah pinggang kita bermasalah," ujar Abang Lan.

Luka akibat paku menjadi permulaan untuk Abang Lan kehilangan kakinya. -Gambar hiasan

Paku jadi asbab

Abang Lan menjelaskan kakinya terpaksa dibuang selepas mengalami luka akibat terkena paku.

"Abang dah lama sebenarnya kena kencing manis ni, dekat 30 tahun dah, cuma ada sekali tu kaki kena paku dan luka sikit.

"Lepas luka itu jadi semakin melarat, isi tu mereput dan berlubang. Doktor cuba operation banyak kali nak selamatkan kaki, tapi akhirnya terpaksa potong juga," kata Abang Lan. - kedidikakipalsu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain