suria

Orang bandar selalu lupa buat... Sekali-sekala ajak anak berkaki ayam, rupanya terapi pijak tanah baik untuk kesihatan

Memijak tanah dikatakan boleh membawa banyak manfaat kesihatan. -Gambar hiasan

KERAP didengar dan ditemui tentang pelbagai tip dan cara dikongsikan orang ramai di media sosial untuk menyihatkan diri.

Namun begitu, ada sesetengah daripada saranan itu boleh membawa lebih banyak kemudaratan berbanding manfaatnya.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang doktor pakar bedah, Dr Aznan Shuhaili berkata cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan diri adalah dengan kembali kepada alam semula jadi.

Berjalan 'kaki ayam' di atas tanah ada banyak kebaikannya. -Gambar hiasan

Dr Aznan memperkenalkan satu teknik penjagaan kesihatan dikenali sebagai 'pijak tanah' (Earthing/ Grounding).

Menurut Dr Aznan, teknik 'pijak tanah' ini boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya, menguatkan sistem imunisasi badan, badan menjadi segar dan minda menjadi tenang.

Ayuh kita lihat bagaimana caranya.

Keluar ke kawasan yang bertanah

Pergi ke halaman rumah, kebun, taman rekreasi atau mana-mana tempat yang mempunyai tanah.

Kemudian buka kasut dan stokin anda, biarkan tapak kaki tidak beralas langsung.

Seterusnya pijak tanah itu, berjalan di sekitarnya, pastikan kaki anda terkena pada lumpur tanah, pasir dan juga rumput.

Berjalan kaki di atas tanah boleh meningkatkan peredaran darah. -Gambar hiasan

Disyorkan untuk berbuat demikian pada waktu pagi, sekitar pukul 9 hingga 11 pagi, selama 30 hingga 45 minit untuk setiap sesi dan lakukan sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.

Sebelum berjalan 'kaki ayam' di atas kawasan bertanah tersebut, pastikan tempat itu selamat dari benda berbahaya seperti objek tajam dan sebagainya.

Mudah saja caranya tetapi sungguh besar impaknya.

Kebaikan yang diperoleh

Menurut Dr Aznan, dengan berjalan di atas tanah, cas-cas yang tidak baik di dalam badan akan dapat dibuang.

"Keradangan di dalam badan kita akan dapat dikurangkan, improve kita punya fungsi jantung dan paru-paru kerana peredaran darah kita ditingkatkan.

Berjalan kaki di tanah boleh membantu menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan. -Gambar hiasan

"Benda simple tapi ramai orang di pekan dan bandar tak sempat buat atau lupa terus. Duduk di dalam bangunan, tak kena cahaya matahari, tak pijak tanah langsung.

"Kita kena ingat, asal-usul badan kita adalah daripada tanah, jadi badan kita adalah lebih 'mesra' dengan tanah.

"Barulah kita sihat, kurang masalah anxiety, kurang masalah penghadaman, kurang masalah susah nak tidur, kurang masalah sakit sendi, sakit badan dan sakit otot semua.

"Maka mulai hari ini, jangan lupa pijak tanah," jelas Dr Aznan. - Dr Aznan Shuhaili

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain