suria

Sarang angkut-angkut ada kualiti, jangan dibuang! Boleh bantu sembuhkan penyakit kulit

Lelaki ini berkongsikan kegunaan sarang angkut-angkut.

PERNAHKAH anda melihat kewujudan gumpalan tanah berpasir di dinding-dinding rumah anda?

Tahukah anda ia adalah sarang angkut-angkut, sejenis serangga yang sering dilihat mengangkut tanah untuk membina tempat tinggal.

Melalui satu perkongsian di TikTok oleh Fadli Maliki, sarang angkut-angkut ini dikatakan mempunyai banyak kegunaan yang tidak diketahui ramai.

Serangga angkut-angkut. -Gambar hiasan

Menurut Fadli Maliki, ia sangat berguna sebagai rawatan alternatif untuk penyakit kulit seperti kudis buta dan kanser luaran seperti kanser payudara.

Berikut adalah cara untuk anda memanfaatkan sarang angkut-angkut sebagai kaedah perubatan tradisional.

Sarang angkut-angkut.

1. Cari sarang angkut-angkut yang sudah kosong

Sarang angkut-angkut ini biasanya sudah keras strukturnya, tarik keluar dari dinding secara perlahan-lahan.

Bersihkan bahagian dalamnya menggunakan tisu atau kain.

Antara sebab sarang ini disyorkan untuk tujuan perubatan tradisional adalah kerana serangga angkut-angkut akan mencari tanah yang berkualiti sahaja untuk membina rumahnya.

Sarang angkut-angkut dan daun keladi akan dilumatkan bersama air hujan.

2. Cari daun keladi atau daun pisang

Gunakan daun keladi atau daun pisang ini untuk menadah air hujan sebelum dimasukkan ke dalam bekas atau cawan.

Kemudian, letakkan sarang angkut-angkut itu bersama daun keladi atau daun pisang.

Seterusnya curahkan air hujan ke atas sarang angkut-angkut.

Setelah sarang angkut-angkut itu menjadi lembik, lumatkannya bersama daun keladi atau daun pisang menggunakan lesung batu.

Daun keladi antara ramuan utama yang diperlukan.

3. Bacaan ketika melumatkan sarang angkut-angkut

Ketika anda sedang melumatkan sarang angkut-angkut bersama daun keladi, Fadli Maliki menasihatkan anda untuk membaca ayat suci ini.

  • Surah al-Fatihah
  • Bacaan 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
  • Ayat kelima surah al-Fil, dibaca sebanyak 21 kali
  • Selawat Syifa'

Selepas sarang angkut-angkut dan daun keladi itu hancur lumat, boleh sapukannya ke bahagian badan yang terjejas seperti kawasan kulit yang mengalami kudis.

InsyaAllah akan mujarab, letakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT dan jika masih tidak sembuh, segeralah berjumpa dengan doktor. - Fadli Maliki

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain