suria

Perut rasa berangin selepas sarapan? Ini makanan yang pesakit ‘Gerd’ kena elak

Pilih sarapan yang betul untuk elak masalah kesihatan pada perut.

SARAPAN pagi adalah satu kemestian sebelum memulakan hari agar tenaga mencukupi.

Namun tahukah anda, sesetengah menu sarapan pagi boleh menyebabkan rasa ketidakeselesaan pada perut khususnya untuk mereka yang sudah mempunyai masalah perut berangin dan Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).

Sebagai makluman, Gerd adalah sejenis penyakit refluks apabila kandungan perut melimpah ke esofagus sehingga menyebabkan rasa pedih ulu hati.

Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang pempengaruh kesihatan dikenali sebagai Zack Kinrara menjelaskan tiga juadah sarapan pagi yang tidak digalakkan demi kesihatan perut.

Karipap antara menu popular sarapan pagi.

1. Karipap

Menurut Zack, karipap diperbuat daripada tepung gandum, dan di dalam tepung gandum ada kandungan gluten.

Pengambilan gluten dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan leaky gut atau usus bocor sehingga menimbulkan rasa sakit pada bahagian perut.

2. Roti canai

Roti canai, seperti karipap juga, ia diperbuat daripada tepung gandum yang di dalamnya terkandung gluten.

"Jika boleh dielak, sangat bagus. Kalau tidak boleh, cuba kurangkan mengambil hidangan roti canai," ujar Zack.

Roti canai pastinya menjadi kegemaran ramai.

3. Donut

Donut juga diperbuat tepung gandum, selain mempunyai kandungan gula yang banyak.

"Daripada gluten dalam tepung gandum ini, ia boleh menyebabkan anda rasa susah nak bernafas, berdebar-debar dan jantung berdegup laju.

"Lepas tu perut berangin. Bagi mereka yang langsung tak ada masalah perut, boleh je nak makan karipap, roti canai dan donut semua ni, tapi biarlah berpada-pada," kata Zack. - Zack Kinrara

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain